Waze Bakal Maklumkan Mengenai Bonggol Atas Jalan

Pada masa kini, ramai menggunakan aplikasi Waze untuk panduan ke mana-mana lokasi dan juga untuk ketahui sebarang kesesakkan atau kemalangan jalan raya. Waze menerusi maklumat baru bakal menambah beberapa ciri baru pada aplikasi popular mereka ini.

Menarik: Cara Tambah Lokasi Kedai / Bisnes / Perniagaan Di Google Map

Bonggol Atas Jalan

bonggol atas jalan

Terbaru, Google berkongsikan maklumat bahawa Waze kelak akan memaklumkan pengguna berkenaan seperti lencongan tajam dan juga bonggol atas jalan.

Ini sekaligus dapat memastikan perjalanan anda menjadi lebih selamat dan lancar, dan sekaligus mengelakkan kerosakan kereta jika anda tidak perasan posisi bonggol atas jalan di hadapan anda.

Pelancaran Fungsi Bonggol Atas Jalan

Waze menyatakan ciri baharu ini akan diperkenalkan secara berperingkat di Android dan iOS bermula bulan ini.

Sumber: Waze Kelak Akan Maklumkan Berkenaan Bonggol Atas Jalan – Amanz