Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam Al-Quran dan mempunyai 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Kami akan nyatakan kelebihan surah Al-Waqiah dalam artikel ini.
Kelebihan surah lain: 10 Kelebihan Surah Al Mulk
Kelebihan Surah Al Waqiah
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa fadhilat dan kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih. Membaca surah Al Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari, maka Allah akan menjauhkan kefakiran selamanya.
Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih dimana “Barangsiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.
Cara Rezeki Datang
Apabila kita kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.
Begitu juga dengan rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita semua sedari. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Daripada Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Cara Menjadi Kaya
Sekiranya kita sering mengamalkan membaca Surah Al-Waqiah dalam kehidupan seharian, secara tidak langsung akan memperoleh kekayaan yang luar biasa.
Walaubagaimana pun, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaAllah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.
Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady). Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqiah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Bagi sesiapun membaca surah Al Waqiah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, InsyaAllah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.
Sumber: Mywilayah