Doa Khatam Quran Ringkas (Panduan Jakim Dan Bacaan Rumi)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai doa khatam quran ringkas atau doa khatam al quran. Doa khatam quran jakim disediakan beserta doa khatam quran rumi dan doa khatam quran pdf.

Tips Islam lain: Koleksi Doa Harian Ringkas (Panduan Rumi & Maksud Doa)

Doa Khatam Quran

Berikut adalah doa khatam Al Quran dalam bahasa Arab untuk panduan anda (klik gambar untuk paparan saiz besar)

doa khatam quran arab

Untuk memudahkan anda, kami turut menyediakan Doa Khatam Quran PDF untuk senang download dan print.

Doa Khatam Quran Rumi

Berikut adalah doa khatam quran rumi atau doa khatam quran ringkas untuk panduan anda. Anda boleh turut fahami maksud doa khatam quran

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Dan selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad s.a.w dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami!

Terimalah doa dan amalan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Yang Maha Mengetahui. 

Dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat, Lagi Maha Mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran.

Ya Allah!

Kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran. Dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami.

Ya Allah!

Ingatkanlah kami apa yang telah kami dilupakan dari Al-Quran. Dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran.

Dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu-waktu malam dan siang. Dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hajat untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekelian alam.

Ya Allah!

Hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran. Muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran.

Dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al-Quran. Dan pakaikanlah kami dengan permata Al-Quran.

Masukkan kami ke dalam Syurga dengan syafaat Al-Quran.

Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah!

Jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan, dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra. Pada hari kiamat sebagai pembantu dan sebagai cahaya penyuluh. Semasa menuju ke Syurga sebagai teman dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka.

Dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan. Dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah!

Tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!

Tuhan yang empunya segala macam kelebihan Al-Quran. Dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran.

Ya Allah!

Tuhan yang mempunyai segala macam kelebihan dah ihsan.

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian.

Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan. Dan selamat sejahtera kepada sekelian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Doa Khatam Quran Jakim

Berikut pula adalah doa khatam quran jakim untuk panduan anda. Maksud doa khatam al quran turut disediakan.

doa khatam quran jakim
doa khatam quran jakim
doa khatam quran jakim
doa khatam quran jakim

Sumber: Therohani