Maksud Fidyah Puasa & Cara Kira Fidyah Puasa

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai fidiyah puasa seperti cara kira fidyah puasa dan cara bayar fidyah puasa online.

Artikel berkaitan: Syarat Wajib Puasa & Syarat Sah Puasa

Fidyah Puasa

Berikut adalah info mengenai fidyah puasa yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Qoala.

Maksud Fidyah Puasa

Fidyah puasa adalah satu bentuk bayaran denda yang dikenakan kepada mana-mana individu yang tidak menggantikan puasa di bulan Ramadan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadan tahun berikutnya. Untuk pengetahuan anda, membayar denda Fidyah Puasa hukumnya wajib.

Ini merupakan dalil fidyah puasa:

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka sebagai qada) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (al-Baqarah: 184).

Golongan yYang Diwajibkan Qada Puasa dDan Membayar Fidyah:

  1. Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan kandungan jika berpuasa Ramadan
  2. Perempuan yang tidak berpuasa kerana bimbang keselamatan dirinya ketika hamil 
  3. Pemusafir dan orang yang sakit kemudiannya sembuh, jika mereka tidak segera menggantikan puasanya hingga masuk Ramadan tahun depan
  4. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbangkan keselamatan bayinya jika berpuasa Ramadan
  5. Perempuan yang haid sehingga menghalangi puasa Ramadan dan tidak menggantikan puasanya sebelum tahun berikutnya

Golongan yYang Diwajibkan Membayar Fidyah Sahaja:

  1. Orang tua yang sangat uzur dan tidak mampu berpuasa Ramadan
  2. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh

Golongan yang Diwajibkan Qada Puasa Sahaja:

  1. Perempuan yang menyusukan anak dan bimbang keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan
  2. Perempuan hamil yang bimbangkan keselamatan dirinya jika berpuasa Ramadan
  3. Orang yang musafir dan berbuka kerana musafirnya.
  4. Orang yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa kemudian sembuh semula.

Bila Perlu Bayar Fidyah Puasa?

Ulama bersepakat menyatakan waktu membayar fidyah bermula sebaik sahaja ibadah berkenaan tidak dapat disempurnakan. Bagaimanapun waktunya luas dan tidak terhad pada satu tempoh waktu yang tertentu. Namun demikian digalakkan ia disegerakan kerana dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan jika bertangguh.

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah bulan Ramadan tahun yang berikutnya akan dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

Lupa Berapa Puasa yang Ditinggalkan?

Mungkin ramai yang terlupa nak catat berapa hari puasa yang telah ditinggalkan. Jangan risau. Menurut Mufti Wilayah, sekiranya tidak pasti atau tidak ingat bilangan hari yang telah ditinggalkan, buatlah anggaran bilangan hari yang telah ditinggalkan mengikut sangkaannya (kecenderungan) yang paling kuat dan lebih berhati-hati.

Sebagai contoh, Ali tidak tahu berapa hari dia telah tinggalkan puasa, tapi dia rasa tidak lebih dua minggu. Jadi gantilah sebanyak dua minggu kerana itu yang diyakini pasti dan lebih berhati-hati. Begitulah juga halnya dengan fidyah bagi bulan-bulan Ramadan yang telah dilangkau.

Cara Kira Fidyah Puasa

Fidyah pada asalnya dibayar dengan makanan asasi. Di Malaysia, beras adalah makanan asasi. Kadar fidyah pula ialah 1/4 daripada harga beras fitrah. Misalnya di Selangor, harga beras fidyah adalah RM7, maka harga fidyah ialah RM1.75 iaitu bersamaan dengan secupak beras. Namun begitu, sesetengah negeri atau negara mempunyai jenis makanan dan harga fidyah yang berbeza-beza.

Untuk memahami kaedah kiraan fidyah puasa dengan lebih tepat, ikuti contoh di bawah berdasarkan situasi:

Situasi 1

Rohayu belum menggantikan puasa sehingga memasuki Ramadhan berikutnya pada tahun 1439H (2018). Andaikan kadar fidyah ialah RM4.

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]

7 hari x RM4.00 = RM28.00

Situasi 2

Rohayu belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Dia tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Rohayu berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah puasanya.

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]

(7 hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00

Kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadhan yang berikutnya.

Gunakan Kalkulator Fidyah untuk pengiraan lebih tepat. 

Apakah Itu Gandaan Fidyah?

Apabila seseorang individu itu meninggalkan puasa sehingga beberapa tahun, ada sesetengah negeri yang menetapkan fidyah perlu didarab dengan bilangan tahun yang ditinggalkan. Contohnya,  jika puasa ditinggalkan pada tahun 2015 (1436 H), bilangan tahun perlu dikira bermula tahun 2016 (1437 H) sehingga 2021 (1442 H). Tahun pertama 1436 H hingga 1437 H tidak perlu dikira kerana ia masih dalam tempoh boleh qada puasa dan belum masuk Ramadhan berikutnya. Maka, kiraan bagi negeri yang perlu digandakan adalah seperti berikut:

Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah X Bilangan Tahun yang Ditinggalkan = Fidyah yang Perlu Dibayar

Senarai negeri fidyah puasa berganda dan tidak berganda:

BergandaTidak Berganda
Wilayah PerseketuanSelangor
MelakaPerlis
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Kedah
Penang
Perak
Negeri Sembilan
Sarawak
Sabah

Cara Bayar Fidyah Puasa Online

Fidyah puasa kini boleh dibayar secara dalam  talian. Berikut adalah pautan mengikut negeri yang boleh anda lihat: 

NegeriHarga (RM)GandaanKalkulator Online
Perak1.80Yahttps://fidyah.maiamp.gov.my/
Kedah1.80Pilihan atas kemampuanhttp://www.maik.gov.my/e-fidyah/
Perlis5.00Tidak dikenakanhttps://www.maips.gov.my/ (Bayaran bank melalui bank transf
Pulau Pinang1.75Yahttp://zakatpenang.com/zpp/ppzakat/fidyah.php
Selangor1.80Tidak dikenakanhttps://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/fidyah/
Wilayah Persekutuan4.00Pilihan atas kemampuanhttps://www.zakat2u.com.my/kalkulator/fidyah
Negeri Sembilan1.75Yahttps://www.mains.gov.my/v1/web/fidyah.php
Melaka1.80Yahttps://fidyah.maim.gov.my/
Sarawak1.75Yahttps://www.tbs.org.my/calc-fidyah/
Johor1.75Yahttps://www.maij.gov.my/baitulmal/kadar-fidyah
Pahang1.75Yahttp://new.zakatpahang.my/index.php/khidmat/kira-fidyah
Terengganu1.75Yahttp://app2.maidam.gov.my/sistemfidyah/index.php
Kelantan1.75Yahttps://www.e-maik.my/v2/pautan-eperkhidmatan/taksiran-fidyah-puasa
Sabah1.75Yahttps://baitulmal.sabah.gov.my/kalkulatorFidyah1.php

Sumber: Qoala