Senarai Khutbah Jumaat JAKIM

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Info mengenai khutbah jumaat JAKIM seperti syarat sah khutbah, rukun khutbah dan sebagainya.

Lain: Senarai Kelebihan Susu Kambing (Khasiat & Kebaikan)

Khutbah Jumaat

Berikut adalah maklumat mengenai khutbah jumaat JAKIM yang dikongsikan oleh laman https://ecentral.my/khutbah-jumaat-jakim/

Khutbah Jumaat JAKIM

Syarat sah Solat Jumaat

1. Ditunaikan pada tempat khas.
2. Dituniakan dalam waktu Zohor.
3.  Secara berjemaah.
4. Sekurang-kurangnya mengandungi 40 orang jemaah tidak termasuk imam.
5. Didahului 2 khutbah sebelum solat Jumaat.

Rukun Khutbah Jumaat

rukun khutbah Jumaat

Berikut merupakan rukun Khutbah Jumaat:

  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: “Alhamdulillah”.
  2. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW: “Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad.”
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: “bertaqwalah kamu kepada Allah.”
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: “Rahima-kumullah.”

Syarat Sah Khutbah

Berikut adalah syarat-syarat sah Khutbah:

  1. Telah masuk waktu Zohor
  2. Didahulukan bacaan Khutbah sebelum Solat Jumaat
  3. Membaca rukun Khutbah dalam bahasa Arab
  4. Dilakukan berturut-turut antara 2 khutbah dan antara khutbah  dgn solat Jumaat
  5. Khatib hendaklah seorang lelaki
  6. Khatib hendaklah berdiri jika mampu
  7. Khatib hendaklah duduk sebentar antara 2 khutbah
  8. Khatib hendaklah menutup aurat
  9. Khutbah hendaklah disampaikan dgn jelas dan terang sehingga dapat didengar dan difahami oleh sekurang-kurangnya 40 orang jemaah
  10. Khatib hendaklah suci badan, pakaian dan tempat daripada najis.
  11. Khatib hendaklah suci daripada hadas besar dan hadas kecil (berwudhuk)

Koleksi Khutbah oleh JAKIM

Di zaman moden, khutbah Jumaat sering disiarkan melalui media-media moden seperti radio, telefon dan siaran langsung di kaca televisyen.

Kesemua teks ucapan Khutbah Jumaat yang disediakan oleh JAKIM turut dipaparkan di halaman rasmi JAKIM untuk dimuat turun dan di manfaatkan oleh orang ramai.

Untuk muat turun koleksi Khutbah ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari halaman e-Khutbah di laman web JAKIM di alamat https://www.islam.gov.my/ms/e-khutbah
  2. Klik pada mana-mana tajuk Khutbah yang disusun mengikut tarikh yang terkini
  3. Kemudian anda boleh klik fail PDF untuk memuat turun Khutbah dalam 2 edisi – Edisi Rumi dan Edisi Jawi

Terdapat kotak carian di halaman e-Khutbah untuk anda membuat carian berdasarkan topik tertentu.

Sumber: https://ecentral.my/khutbah-jumaat-jakim/