Sebagaimana yang kita tahu, terdapat banyak kemudahan yang diumumkan bagi penerima vaksin lengkap. Antaranya adalah kemudahan rentas daerah / negeri bagi ibu bapa pasangan PJJ, kemudahan dine-in, rekreasi dan kapasiti kenderaan yang tidak lagi dihadkan kepada 2 orang.
Selain itu, kebanyakan premis, mall, dan restoran juga mengambil langkah selamat dengan hanya membenarkan mereka yang lengkap divaksin untuk masuk ke premis.
Ini menjadikan sijil digital vaksin semakin ‘laku’ sehingga ada yang sanggup menipu dan menggunakan sijil digital vaksin palsu atau milik orang lain.
Tindakan ini bukan saja tidak jujur, tetapi ia boleh menyebabkan imuniti kelompok lambat untuk dicapai bagi kesejahteraan dan keselamatan bersama.
Sebagai pemilik premis, anda boleh lakukan beberapa cara untuk mengelakkan penipuan sijil digital MySejahtera.
Kita minta majikan dan pekerja premis boleh jaga keselamatan pelawat / pengunjung yang masuk ke dalam premis dari dijangkiti oleh ‘geng’ yang tidak bertanggungjawab ini.
Berita lain: Senarai Kelonggaran SOP Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin
Cara Periksa Sijil Digital Vaksin Di MySejahtera Bagi Mengelakkan Penipuan
Berikut adalah cara elak tipu Mysejahtera:
- Jangan terima gambar screenshot sahaja. Jika ada masalah pada internet, minta tunjukkan bukti kad identiti (IC) untuk pengesahan nama. Ini penting.
- Periksa sijil digital MySejahtera pada bahagian Profil.
- Pastikan TARIKH STATUS adalah yang terkini.
- Pastikan STATUS RISIKO COVID-19 adalah LOW RISK.
- Pastikan individu itu lengkap vaksin – iaitu cukup 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan.
- Minta individu tersebut SCROLL UP & DOWN untuk pastikan itu bukan gambar screenshot.
Sila rujuk poster di bawah atau boleh print untuk panduan di premis anda.
Elak Antivaksin Masuk Ke Premis
Sumber: Harian Post