Tema Hari Guru 2024

Dalam artikel ini kami akan kongsikan tema hari guru 16 mei 2024 atau tema hari guru 2024 setiap tahun.

Artikel lain: Panduan Cara Buat Passport Malaysia Untuk Pertama Kali

Tema Hari Guru

Berikut adalah maklumat mengenai tema hari guru 2024 yang dikongsikan oleh artikel asal di laman https://www.mysumber.com/hari-guru.html

Tema Hari Guru 16 Mei 2024

Berikut adalah maklumat mengenai tema sambutan hari guru 2024.

Tema Sambutan Hari Guru 2024

Tema untuk hari guru 2024 akan dimaklumkan kemudian.

Tema Sambutan Hari Guru 2023 – Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru

Tema Hari Guru 2023

  • “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera”

Tarikh Dan Lokasi Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2023

  • 16 Mei 2023
  • akan dikemaskini

Logo Hari Guru 2023

logo hari guru

Huraian Tema

Di bawah adalah huraian tema bagi tahun 2023 iaitu Guru Tunjang Sekolah Sejahtera

  1. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid, KPM telah memperkenalkan konsep Sekolahku Sejahtera
  2. Sehubungan dengan itu, tema Guru Tunjang Sekolah Sejahtera telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Guru pada tahun 2022
  3. Sekolahku Sejahtera ialah penerapan nilai, etika, kerohanian dan identiti nasional bagi melahirkan insan sejahtera yang menyumbang kepada kemakmuran negara, masyarakat, negara dan komuniti global.
  4. SEJAHTERA adalah akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni seperti berikut:
    1. S : Selamat, Seronok dan Sihat
    2. E : Etika dan Empati
    3. J : Jati Diri
    4. A : Adab sopan
    5. H : Harmoni
    6. T : Tekun, Teliti dan Terampil
    7. E : Eksplorasi
    8. R : Rasional
    9. A : Artikulasi
  5. Konsep ini bermatlamat untuk menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya kepada penerapan elemen SEJAHTERA seperti berikut:
    • Di peringkat Prasekolah, guru berperanan memperkenalkan nilai-nilai murni ini dan membimbing murid dalam amalan seharian
    • Peringkat Sekolah Rendah pula, peranan guru berubah daripada pembimbing kepada mentor. Murid seharusnya mampu mempamerkan nilai-nilai murni yang diketengahkan
    • Pada peringkat Sekolah Menengah, guru bertindak sebagai fasilitator kepada murid untuk mengamalkan nilai-nilai tersebut dalam setiap aktiviti di sekolah
  6. Dalam memastikan penerapan elemen SEJAHTERA dapat dihayati, setiap aktiviti memerlukan penyatuan tiga (3) domain pembelajaran, iaitu kognitif (cognitive), sosioemosi (socio-emotional) dan tingkah laku (behavioural). Ketiga-tiga domain ini perlu diintegrasikan dalam setiap aktiviti institusi pendidikan yang menekankan kepentingan ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat.

Huraian lengkap mengenai tema hari guru 2022 boleh dirujuk pada pautan:

Sumber: https://www.mysumber.com/hari-guru.html