Dalam artikel ini kami akan kongsikan bacaan doa makan ringkas dan doa selepas makan. Ejaan rumi dan sebutan rumi turut disediakan bagi memudahkan anda.
Panduan agama lain: Ayat Kursi (Makna, Kelebihan, Bacaan Ayat Kursi Rumi)
Doa Makan
Berikut adalah bacaan doa makan, doa selepas makan dan doa selepas minum.
Doa Makan
اَللّٰهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Doa makan ejaan rumi: Alloohumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa ‘adzaa bannar
Maksud doa makan:
Ya Allah, berkatilah kami dalam rezeki yang telah Engkau berikan kepada kami dan peliharalah kami dari azab api neraka”
Doa Selepas Makan
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ اَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مُسْلِمِيْنَ
Doa selepas makan ejaan rumi: Alhamdu lillaahil ladzii ath’amanaa wa saqoonaa wa ja’alnaa muslimiin
Maksud doa selepas makan:
Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta menjadikan kami sebagai orang-orang islam”
Doa Selepas Minum
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا اُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا
Doa selepas minum ejaan rumi: Alhamdu lillaahil ladzi ja’alahuu ‘adzbam furootam birohmatihii wa lamyaj’alhu milhan ujaajam bidzunuubinaa
Maksud doa selepas minum:
Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air ini (minuman) segar dan menggiatkan dengan rahmat-Nya dan tidak menjadikan air ini (minuman) masin lagi pahit kerana dosa-dosa kami”
Sumber: Akuislam