Senarai Fakta Anak Kedua Yang Menarik Perlu Anda Tahu

Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan maklumat mengenai fakta anak kedua yang menarik seperti ciri ciri anak kedua, sifat anak kedua, jodoh anak kedua, perangai anak kedua, ciri anak kedua dan sebagainya.

Fakta Menarik lain: Ini Sebab Kenapa Doktor Larang Letak Minyak Gamat Di Kucing

Fakta Anak Kedua

Berikut adalah beberapa fakta menarik anak kedua yang dikaji oleh pakar perubatan dan ahli psikologi Alfred Adler.

Ciri Ciri Anak Kedua

Berikut adalah ciri anak kedua yang perlu anda tahu:

Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Hal ini kerana anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.

Gemar Bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.

Kreatif, Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerja yang berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.

Paling Berbeza

Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.

Jodoh Anak Kedua

Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.

Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

Sumber: Sinar