Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan panduan mengenai kalimah Bismillah 7 atau bismillah tujuh seperti khasiat bismillah 7, kelebihan bismillah 7, maksud bismillah 7 dan sebagainya. Panduan Bismillah 7 rumi turut disediakan bagi memudahkan anda.
Panduan Islam lain: Senarai Doa Murah Rezeki Yang Boleh Diamalkan
Bismillah 7
Berikut adalah maklumat mengenai ayat bismillah tujuh.
Apa Itu Bismillah 7
Bismillah 7 adalah satu doa yang mana mengandungi 7 lafaz Bismillah dipermulaan setiap ayat.
Kelebihan Bismillah 7
Untuk khasiat Bismillah tujuh ini, ianya sangat popular dalam kalangan perawat pengubatan Islam kerana mempercayai bahawa doa ini sangat mustajab untuk menerangkan hati, meluaskan rezeki, memakbulkan segala hajat, menghindarkan dari segala penyakit serta mengelakkan dari gangguan jin dan syaitan.
Malah dengan amalan Bismillah 7 ini juga dikatakan dapat menjadi penawar bagi racun dan juga mengubati orang yang terkena sihir.
Lafaz Bismillah 7
Bismillah 7 Rumi
Bacaan Bismillah tujuh rumi adalah seperti berikut:
1. Bismillahirahmaanirahim
2. Bismillaahis samii’il bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in ‘alim.
3. Bismillahil khallaqil’aliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul ‘aliim.
4. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul khabiir.
5. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal ‘aliimul qadiir.
6. Bismillaahil ‘aziizil kariim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal ‘aziizul kariim.
7. Bismillaahil ghafuurir rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurir rohiim.Fallaahu khairun haafizhan wahuwa arhamar rohimiin.
Maksud Bismillah 7
Maksud bismillah tujuh adalah seperti berikut:
1. Dengan nama tuhan yang Maha Pengaseh dan Maha Penyayang.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Allah dengan segala sesuatu itu Maha itu Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
4. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Teliti.
5. Dengan nama Allah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.
6. Dengan nama Allah Yang Maha Bijak sana lagi Maha Pemurah, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.
7. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, Dzat yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya, dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, maka Allah itu sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dia-lah Maha Rahim”
Panduan agama lain: Senarai Doa Dipermudahkan Segala Urusan
Sumber: Bidadari