Bahasa Sabah & Maksudnya

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Perkataan bahasa Sabah & maksud bahasa melayu Sabah yang boleh anda belajar

Lain: Loghat Terengganu Yang Boleh Dipelajari

Bahasa Sabah

Berikut adalah maklumat mengenai perkataan bahasa Sabah yang dikongsikan oleh artikel asal di laman 100 Perkataan Bahasa Sabah Berserta Maksudnya, Rugi Kalau Tak Belajar (selongkar10.blogspot.com)

Apa itu Bahasa Sabah

Menurut laman Wikipedia, Bahasa Melayu Sabah ialah dialek Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat di negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia Timur, pulau Borneo.

Bahasa Melayu Sabah

  • Esbuk/aisbuk–peti ais
  • Akun–setuju
  • Ampai–letak. Contoh:Ampai seja tu baju sana(letak je baju tu kat sana)
  • Ampai-ampai–pengsan, hilang kesedaran
  • Ampus–lelah
  • Antam–pukul
  • Babat–gemuk
  • Bangas–basi
  • Bahai–plastik(bahasa Sandakan). Kalau di Tawau plastik ialah “kompek”.
  • Bubut–kejar. Contoh: Main bubut-bubut(main kejar-kejar)
  • Betagar–berkarat
  • Bida–hodoh, tak cantik
  • Bikin–buat
  • Bilang–kata/cakap
  • Biut–tidak lurus, senget
  • Budu–bodoh
  • Buyuk–tipu, bohong
  • Champin–hebat, terer, atau champion
  • Celana/selana–seluar
  • Durang–dorang
  • Garit–calar
  • Gerigitan–geram
  • Ging–geng atau kawan
  • Hambat/ambat–pukul. Sama macam antam.
  • Tu hari–haritu, semalam, kelmarin
  • Jerak/belak–bosan
  • Jepit–kepit
  • Karan–elektrik. Contoh: Mati karan(takda elektrik)
  • Kasi–beri, bagi
  • Kutang–baju dalam
  • Kunuk–konon
  • Kuyok–anjing
  • Limpang–baring
  • Limpas–lalu depan
  • Lugai-lugai–tak tentu arah, lepak tanpa tujuan
  • Mengkali–mungkin atau barangkali
  • Miring–sewel
  • ping–digunakan untuk minuman sejuk. Contoh: Milo ping(milo ais)
  • Piring–pinggan
  • Pistak–seluar dalam
  • Sandi-teruk
  • Santut/Seluar katak/spender–seluar dalam
  • Seja/sijak–saja atau sahaja
  • Sigup–rokok
  • Sikul/skula–sekolah
  • Siring–tepi
  • Sungkai–buka puasa/iftar
  • Tingu/tinguk–tengok
  • Taruk–bubuh atau letak
  • Tapuk–sorok
  • Temahak–kuat makan
  • Teriak/berteriak–menjerit
  • Senduk-sudu
  • Sot–gila, dari perkataan “short circuit” maksudnya wayar putus(dalam kepala)
  • Aku/sia/sa–saya
  • Iya–ya
  • Tia payah/nda payah/inda payah–tak payah
  • Ndapapa/nda papa–tidak ada apa-apa
  • Nda/inda/indak/tida/teda lah–tidak
  • Sumandak–gadis

Perkataan Bahasa Sabah

  • Tambirang/betrip/minta puji/tapuji–berlagak
  • Kin panas–buat orang marah
  • Dari kau seja tu–up to you
  • Palui–bodoh
  • Talingung–bodoh
  • Bertabiat–buat hal. Contoh: bertabiat ni anak!(eh buat hal pulak budak ni!)
  • Kitai
  • Adui dogo/doi dogo’–macam terkejut
  • Ni kali la
  • Aku tampiling–aku tampar
  • Pindik tagap–lelaki kuat
  • Aramaitii!–ucapan sebelum minum/moginum tapi kami guna meluas bukan untuk minum/moginum seja.
  • Uina!/wuina jo!-kiranya macam “woi!” atau wow
  • Buli bha/bah kalau kau!
  • Astaga…–astaghfirullah, tapi bukan Muslim pun guna
  • Paling manang–hebat
  • Santiki!–macam high 5 tapi guna ibu jari
  • Teda-teda bah kau ini–ape2 je lah kau ni
  • Saaaana Ranau–biasanya bila orang tanya kat mana atau di mana seseorang atau sesuatu benda, kami jawab sanaaa Ranau walaupun benda tu bukan di Ranau
  • Andu/ndu bah–ala kesiannya…

Sumber: 100 Perkataan Bahasa Sabah Berserta Maksudnya, Rugi Kalau Tak Belajar (selongkar10.blogspot.com)