Bacaan Tahiyat Akhir (Maksud & Rumi)

Dalam artikel ini kami akan kongsikan Bacaan tahiyat akhir rumi bahasa melayu beserta maksud yang dikongsikan oleh laman Bacaan Tahiyat Akhir Berserta Maksud – Rumi & Bahasa Melayu (ecentral.my)

Menarik: Doa Selepas Baca Quran & Sebelum (Rumi Disediakan)

Bacaan Tahiyat Akhir

Berikut adalah bacaan tahiyat akhir

tahiyat akhir

Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Rumi

Attahiyatul Mubarakatush Solawatuth Thayyibatu Lillah.

Assalamu’alaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh.

Assalamu’alayna Wa ’alaa ‘ibadillahis Solihin.

Asyahadu Allaa Ilaha Illallah.

Wa ’asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Allahumma Solli ’alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad.

Kama Sollayta ’ala Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim.

Wabarik ‘alaa Muhammad Wa ’alaa Ali Muhammad.

Kama Barakta ‘alaa Ibrahim Wa ’alaa Ali Ibrahim Fil ‘alamin Innaka Hamidum-Majid.

Maksud Tahiyat Akhir 

Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.

Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.

Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Doa Selepas Membaca Tahiyyat Akhir –  Sebelum Memberi Salam

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، 

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ

Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” 

– Riwayat al-Bukhari (832)

Sumber: Bacaan Tahiyat Akhir Berserta Maksud – Rumi & Bahasa Melayu (ecentral.my)