Dalam artikel ini kami akan kongsikan senarai khasiat lemon atau kebaikan lemon yang boleh anda amalkan setiap hari untuk kesihatan.
Khasiat Lemon
Berikut adalah beberapa khasiat lemon.
Kebaikan Lemon
Berikuta dalah beberapa kebaikan lemon yang mungkin anda baru ketahui.
Melegakan Sistem Pencernaan
Dengan hanya beberapa titik lemon dapat mempercepatkan proses pencernaan dengan membanyakkan penghasilan air liur dan asid perut.
Salah satu sebatian dalam lemon iaitu Flavonoid membantu merangsang sistem pencernaan dan meninggikan penghasilan jus pencernaan, hempedu dan asid serta merangsang pergerakan peristaltik makanan dalam saluran pencernaan.
Membunuh Parasit Dan Mikrob Bahaya
Komponen kimia yang pelbagai dan bersifat bioaktif turut memberikan sifat anti mikrob kepada lemon khususnya jus lemon.
Memperbaiki Sistem Pernafasan
Lemon boleh dijadikan potensi untuk mengatasi masalah mulut berbau dan dengkur serta pelbagai lagi masalah pernafasan yang sering berlaku.
Meningkatkan Daya Fokus
Jika anda mahu meningkatkan fokus anda di tempat kerja, lemon mungkin sangat membantu. Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas beberapa individu, mendapati bahawa minyak lemon mampu meningkatkan fokus seseorang hanya dengan menghidu bau tersebut.
Kandungan Anti Oksidan
Lemon yang kaya dengan sebatian anti oksidan seperti karotenoid, flavon, flavonol, asid hidroksisinnamik, flavanon, asid sitrik dan asid askorbik berupaya untuk membantu melawan serangan radikal dalam sistem tubuh, seterusnya meningkatkan keupayaan hati dan buah pinggang anda dengan membolehkan badan anda untuk detoks.
Menurunkan Berat Badan
Lemon membantu dalam mengeluarkan toksik dalam badan dan memberikan tenaga yang cukup. Anda boleh tambahkan lemon dalam diet anda jika anda sedang berdiet keraena lemon punyai kalori yang rendah selain rendah lemak dan kolestrol.
Melawan Masalah Kelemumur
Lemon boleh digunakan untuk mengatasi masalah kelemumur. Maklumat lanjut mengenai cara mengatasi masalah kelemumur boleh dilihat di Koleksi Petua Cara Hilangkan Kelemumur Dengan Mudah
Mengatasi Masalah Jerawat
Lemon turut mempunyai elemen anti bakteria yang boleh digunakan dalam merawat masalah jerawat dan jeragat.
Petua tradisional mengesyorkan, hanya basahkan kapas dengan jus lemon dan letakkan ke tempat tempat yang bermasalah untuk semalaman. Apabila anda bangun keesokkan harinya, hanya basuh dan lakukan rutin anda dalam menjaga muka.
Sumber: https://bidadari.my/kebaikan-lemon-untuk-kesihatan/