Aircond anda sejuk tetapi menitis air sehingga basah lantai? Ketahui punca kenapa aircond anda keluar air. Selepas beberapa jam aircond digunakan, air yang terhasil dari proses kondensasi antara wap udara panas dan gas penyejukan di dalam cooling coil. Air ini juga dihasilkan dari proses pengeluaran kelembapan di dalam udara panas untuk menyejukkan ruang anda
Artikel Menarik : Cara Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat Dan Selamat
Sebab Kenapa Aircond Keluar Air
Sebab Kenapa Aircond Keluar Air : Saluran Paip Tersumbat
Air yang terhasil selepas aircond digunakan perlu dikeluarkan dari unit aircond melalui paip yang disambung lazimnya ke luar rumah. Apabila aircond tidak diservis secara kerap, paip ini akan tersumbat oleh kotoran yang terdapat di dalam udara dan berkumpul di dalam air yang basah. Hal ini akan mengakibatkan paip air boleh tersumbat.
Paip air juga boleh terjadi tersumbat sekiranya paip yang dipasang terdapat jumlah elbow yang banyak yang boleh menyebabkan air bergerak dengan perlahan dan kering di dalam paip bersama-sama kotoran. Apabila paip ini sudah tersumbat, air akan melimpah selepas memenuhi ruangan takungan di dalam aircond.
Sebab Kenapa Aircond Keluar Air : Penapis Udara Yang Kotor / Tidak Dibersihkan
Salah satu fungsi pada aircond adalah kebolehan untuk menapis udara supaya udara yang lebih bersih dikeluarkan bersama-sama udara yang sejuk. Untuk mengekalkan kebersihan udara ini, penapis udara perlu sentiasa dibersihkan dan dicuci untuk memastikan air flow yang maksimum dapat dikeluarkan ke seluruh ruang anda.
Apabila penapis ini sudah kotor, air flow yang terhad akan terjadi dan seterusnya akan menghasilkan ais di cooling coil. Ais yang terhasil kerana kekurangan udara panas melalui coil akan menyebabkan jumlah air yang banyak akan dihasilkan dan boleh mengakibatkan kebocoran.
Penapis udara ini mudah dikeluarkan dan dicuci menggunakan air. Sekiranya penapis udara bersih tetapi ais terjadi di cooling coil, anda perlu menggunakan khidmat pakar aircond untuk memeriksa gas aircond dan komponen yang lain.
Sebab Kenapa Aircond Keluar Air : Penebat Sudah Reput
Perhatikan penebat yang melindungi paip sejuk masuk ke dalam. Sekiranya penebat ini sudah reput, akan terjadi kesan diantara paip ini dan udara panas yang boleh menyebabkan air terhasil dan boleh menyebabkan lantai anda basah.
Sumber : https://gengaircond.com/2020/11/19/kenapa-aircond-keluar-air/