Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan info mengenai contoh soalan spa daya menyelesaikan masalah beserta jawapan terkini untuk panduan anda. Kami juga sediakan soalan daya menyelesaikan masalah pdf untuk memudahkan anda.
Artikel menarik lain: Jenis Lesen Memandu Malaysia Yang Perlu Anda Tahu
Daya Menyelesaikan Masalah
Berikut adalah contoh soalan spa daya menyelesaikan masalah.
Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah
1) Satu garis lurus terhasil apabila menghubungkan 3 titik R, S dan T. Titik S adalah titik tengah bagi garisan tersebut. Koordinat titik R, S dan T masing-masing adalah (-8, p), (5,4) dan (q,-7). Apakah nilai bagi r dan s?
A. r = 13 ; s = 11
B. r = -15 ; s = -18
C. r = 15 ; s = 18
D. r = -13 ; s = -11
2) Diberi satu persamaan garis lurus – 1/2 (y – 5) = x . Tentukan kecerunan.
A. – 5
B. 2
C. – 2
D. 5/2
3) Puan Ashida menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?
A. 2 Jam 15 Minit
B. 2 Jam 25 Minit
C. 2 Jam 35 Minit
D. 2 Jam 45 Minit
4) Sebuah kiub berisipadu 216 cm3 dicairkan menjadi tiga kiub baru bersisi 3 cm , x cm dan 5 cm. Bahagian kiub baru x adalah
A. 3.0 cm
B. 3.4 cm
C 4.0 cm
D. 4.5 cm
5) Diberi a : b = 3 : 9, hitungkan nilai b jika a = 27
A. 81
B. 21
C. 27
D. 40
6) Sekiranya harga petrol RON 95 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON 95 tersebut?
A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%
7) Kelas 4 Orkid ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?
A. 23
B. 32
C. 20
D. 25
8) Dalam Persatuan Silat SMK Taman Seri , terdapat 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat pesilat dalam persatuan tersebut?
A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg
9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =
A. -72
B. -60
C. -54
D. -46
10) Amna Insyirah mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli X buah buku dengan harga RM22 seunit dan Y batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan X dan Y ialah
A. X + 11Y = 110
B. 11X + 2Y = 220
C. X + Y = 22
D. 22X + Y = 120
11) Hurin Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.
A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55
12) x(x-2y)-(y-x)2 =
A. –y2
B. 2×2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2
13) Cari median bagi taburan nombor berikut:
| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |
A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25
14) Kereta Encik Kinchin menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?
A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml
15) Dalam satu pertandingan Bola Sepak 9 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain). Bberapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?
A. 28
B. 49
C. 56
D. 62
16) Jemal mempunyai 280 biji buah Manggis. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah Manggis untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Zakir, Herman dan Jakson. Berapakah biji buah rambutan yang diperoleh oleh setiap rakannya ?
A. 40 biji
B. 60 biji
C. 70 biji
D. 80 biji
17) Dalam satu pertandingan jalan kaki, Marlinda berada 15m di depan Sandra Evliani. Marlinda melangkah 1m setiap kali kaki Sandra Elviani melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Sandra Elviani bagi menyamai Marlinda?
A. 70 langkah
B. 75 langkah
C. 80 langkah
D. 85 langkah
Skema Jawapan Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah
- C
- C
- A
- C
- A
- D
- C
- C
- A
- A
- D
- C
- C
- C
- A
- D
- B
Sumber: Blogtipskerjaya