Dalam artikel ini kami akan kongsikan Pentaksiran Psikometrik KPM seperti konsep dan contoh soalan untuk panduan anda.
Berkaitan: Pengalaman Interview PTD M41 (Tips & Contoh Soalan)
Apa itu Ujian Psikometrik?
Ujian Psikometrik ialah kaedah pentaksiran sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tretpersonaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.
Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.
Pentaksiran psikometrik dalam sistem pendidikan negara ini merujuk aktiviti pentaksiran yang digunakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi murid, personaliti, bakat, minat dan kecenderungan.
Objektif Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Psikometrik telah diperkenalkan oleh KPM dengan objektif yang berikut:
- Mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kemahiran berfikir;
- Mendapatkan deskripsi yang tepat mengenai profil psikologi individu atau kumpulan;
- Memahami kekuatan dan potensi murid yang boleh dibangunkan bagi meningkatkan perkembangan pembelajaran dan pertumbuhan peribadi murid;
- Menjadi panduan murid dalam membuat kerjaya pilihan yang praktikal atau realistik;
- Meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat dan perbezaan individu; dan
- Menyediakan maklumat tentang personaliti kerjaya yang realistik bagi meluaskan aspirasi kerjaya murid
Konsep Pentaksiran Psikometrik
Komponen Pentaksiran Psikometrik terdiri daripada Ujian Aptitud, Inventori Personaliti dan Inventori Kerjaya sepert infografik di atas.
Aptitud
Komponen kompetensi sama ada yang bersifat semula jadi atau yang diperoleh, dipelajari atau dibangunkan melalui proses pembelajaran.
Ujian ini memperihalkan kesediaan dan potensi murid dari segi mental atau fizikal untuk mempelajari sesuatu perkara atau melakukan sesuatu kerja pada tahap tertentu pada masa akan datang.
Personaliti
Instrumen personaliti dilaksanakan kepada murid bertujuan untuk murid
mengenal personaliti, menyedari kebolehan dan potensi diri; ibu bapa mengenal
pasti personaliti anak; murid merancang hala tuju kerjaya yang bersesuaian
dengan personaliti; guru merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan bersesuaian dengan kebolehan murid.
Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya (IMK) dilaksanakan kepada murid tingkatan satu, tiga
dan lima di sekolah menengah bermatlamatkan murid tahun tentang minat,
personaliti dan hala tuju kerjaya semasa persekolahan selepas tamat
persekolahan.
Contoh soalan Pentaksiran Psikometrik
Berikut merupakan antara contoh soalan Pentaksiran Psikometrik KPM:
Sumber: Pentaksiran Psikometrik KPM: Konsep dan Contoh Soalan (ecentral.my)