Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi tips deksorasi rumah teres & hiasan deko ruang tamu kecil yang boleh anda ikuti. Contoh deco dan idea hiasan turut disediakan.
Artikel lain: Senarai Contoh Makanan Karbohidrat Yang Perlu Anda Tahu
Dekorasi Rumah Teres
Berikut adalah panduan dekorasi rumah teres yang dikongsikan oleh artikel asal di mypt3.
Tips Dekorasi Rumah Teres Kecil
1) SILING : Anda tidak perlu risau jikalau anda hanya ada ketinggian siling rendah iaitu sekitar 8 kaki ke 10 kaki sahaja. Anda boleh atasi dengan cat siling anda dengan cat yang lebih gelap. Tindakan ini boleh menyebabkan siling anda akan kelihatan lebih tinggi sesuai dengan hiasan dalaman rumah kecil.
2) LANGSIR : Elakkan menggunakan langsir yang lebih gelap adalah salah satu cara hias rumah kecil untuk kelihatan lebih luas dan lapang.
Sebaliknya pilih warna langsir yang lebih terang dan lebih cerah bagi membolehkan ruang rumah teres anda menjadi lebih luas apabila diterangi cahaya matahari. Pastikan juga gantung langsir anda di kedudukan yang lebih tinggi.
3) PERABOT : Untuk deko / deco rumah, jangan terlalu letak banyak perabot baik di ruang tamu anda, ruang makan atau di bilik tidur anda bagi rumah teres setingkat anda. Boleh juga senarai perabot terbaik yang dikeluarkan oleh katalog ikea malaysia
Semakin banyak perabot yang anda letak, semakin kurang ruang yang ada di kawasan dalam rumah anda. Hiasan dalam rumah teres perlu diminimalkan bagi memaksimakan ruang yang sedia ada.
4) CERMIN : Tidak boleh dinafikan peranan cermin dalam memberikan dimensi dalam rumah anda. Ia membantu menjadikan ruang yang ada lebih lapang sesuai untuk dekorasi bilik tidur utama rumah teres.
5) CAT : Dibandingkan saranan kami untuk cat di bahagian siling pada warna yang lebih gelap, tetapi untuk decoration rumah dibahagian dinding, kami sarankan untuk anda pilih tona warna yang lebih lembut dan cerah. Pertimbangkan juga untuk pasang shiplap
Boleh cuba gunakan cat jenama nippon paint atau jotun bagi deko rumah teres kecil anda menjadi leboh cantik.
Sumber: mypt3