in

Senarai Contoh Makanan Karbohidrat Yang Perlu Anda Tahu

karbohidrat

Dalam artikel ini kami akan kongsikan koleksi jenis karbohidrat dan senarai makanan karbohidrat atau karbohidrat makanan serta contoh makanan karbohidrat yang perlu anda tahu.

Artikel berkaitan lain: Ini 7 Cara Diet Yang Betul Untuk Turun Berat Badan

Karbohidrat

Berikut adalah sedikit maklumat berguna mengenai karbohidrat yang dikongsikan oleh Hello Doktor.

Apa itu Karbohidrat

Karbohidrat adalah komponen dalam makanan yang berfungsi menyalurkan tenaga melalui kalori kepada tubuh badan. Bersama dengan protein dan lemak, ia adalah antara 3 nutrien makro yang tubuh badan perlukan untuk berfungsi dengan baik.

Karbohidrat terdiri daripada 3 komponen iaitu serat, kanji dan gula. Kadar pengambilan sehariannya adalah bergantung kepada umur, jantina, tinggi dan berat badan anda.

Tahap aktiviti fizikal anda juga akan menentukan kadar pengambilannya. Lebih aktif anda, lebih banyak tenaga yang dibakar dan lebih banyak kalori yang anda perlukan.

Karbohidrat atau ringkasannya karbo, boleh ditemui secara natural di dalam makanan. Kekurangan pengambilan karbo akan mengakibatkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya.

Jika diambil secara berlebihan pula, ia mungkin akan menyebabkan diabetes.

Contoh Makanan Berkarbohidrat

Berikut adalah contoh makanan karbohidrat:

  • Nasi
  • Roti
  • Pasta
  • Kekacang
  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Bijirin
  • Bijian
  • Produk tenusu
  • Makanan dan minuman bergula

Jenis Karbohidrat

Karbo Kompleks

Karbo kompleks ada dua kategori iaitu kanji dan serat.

Kedua-dua karbo ini perlu diuraikan terlebih dahulu oleh tubuh badan sebelum digunakan sebagai sumber glukosa. Antara contoh makanan yang kaya dengan kanji adalah roti, kentang dan jagung.

Antara contoh diet seimbang yang kaya dengan serat pula adalah bijirin, bijian dan oat.

Kedua-dua kategori karbo kompleks ini sangat disarankan untuk diambil kerana masing-masing mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

Karbo Mudah

Karbo mudah terdiri daripada gula semula jadi dan gula tambahan.

Gula semula jadi merujuk kepada yang boleh dijumpai secara alami dalam produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula tambahan pula merujuk kepada gula yang ditambah kepada sebarang makanan semasa prosedur memasak.

Gula tambahan kebiasaannya dilabelkan dengan nama seperti glukosa, fruktosa, maltosa, sukrosa dan lain-lain.

Sumber: Hello Doktor