Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai kebaikan daun senna serta khasiat dan keburukan daun senna sunnah nabi.
Artikel berkaitan: Ini Adalah Jenis Bentuk Badan Anda Yang Perlu Anda Tahu
Daun Senna
Berikut adalah maklumat mengenai daun senna yang dikongsikan oleh artikel asal di Harian Post.
Apa itu Daun Senna
Herba sanna atau nama dalam bahasa Inggerisnya senna berasal daripada spesies tumbuhan Cassia.
Menurut Medical News Today, daun, bunha dan buah tumbuhan ini telah digunakan sebagai teh pelawas atau penawar tradisional (stimulan) sejak berkurun-kurun lamanya.
Menurut Portal MyHealth KKM, daun gelenggang ini digunakan sebagai ubat tradisional di negara Arab diperkenalkan ke Eropah oleh pengamal perubatan tradisional Arab pada abad ke-9.
Daun ini juga dikenali sebagai daun gelenggang manakala nama saintifiknya adalah Cassia senna L (C. acutifolia Delile) dan Cassia angustifolia Vahl.
Khasiat Daun Senna
Seperti yang disebutkan di atas, secara tradisional, daun sanna digunakan sebagai bahan laksatif (julap/ pelawas) bagi memudahkan pembuangan air besar.
Ianya bertindak dalam usus besar manusia dengan meningkatkan pergerakan peristalsis kolon dengan merangsang mukosa kolon lalu mengurangkan sembelit.
Dalam sesetengah kes, ia juga digunakan untuk membantu menurunkan berat badan, seperti mana produk-produk daun sanna yang semakin viral dan terkenal di Malaysia sekarang.
Bagi perubatan moden, produk sanna didatangkan dalam bentuk teh, cecair atau tablet.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mendaftarkan ubat yang mengandungi daun sanna dalam kategori ubat tradisional dan dalam kategori ubat farmaseutikal, ianya didaftarkan sebagai Ubat Bukan Preskripsi (OTC: Over The Counter).
Menurut KKM, daun ini dikatakan selamat untuk digunakan dalam jangka masa pendek bagi indikasi sembelit.
Daun Senna Sunnah Nabi
Menurut penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Daun Sanna menurut Ibn Qayim ialah suatu tumbuhan di tanah hijaz dan memiliki beberapa kelebihan antaranya:
- Menghilangkan penyakit kuning
- Menguatkan jantung
- Melegakan sakit kepala
- Menghilangkan gatal-gatal
Menurut beliau lagi meminum air daun Sanna dengan di rebus lebih baik berbanding minum dengan dihancurkan daun tersebut. (Rujuk Zad al-Maad: 4/6970)
Kawasan yang terbaik untuk tumbuhan ini ialah Mekah.
Pengguna yang mempunyai gejala seperti loya, muntah-muntah atau gejala apendik tidak disyorkan mengambil ubat yang mengandungi daun sanna.
Penggunaan melebihi dos yang ditetapkan juga boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
- Cirit-birit
- Kram perut
- Dehidrasi
- Sakit abdomen
- Gangguan elektrolit
- Mual, loya & pengsan
Pengguna perlu memaklumkan kepada pengamal perubatan (moden atau tradisional) sekiranya terdapat ubat lain atau suplemen kesihatan yang diambil bersama. Ini dapat membantu mengelakkan interaksi yang tidak diingini.
Sumber: Harian Post