Cara Kira Peratus & Contoh Pengiraan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Cara kiraan peratus & contoh pengiraan yang mudah difahami yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Cara Kira Peratus: Langkah Pengiraan (dan Contoh) – Planning.com.my

Menarik: Cara Kira NCD Kereta & Insuran Kereta Anda

Kira Peratus

Ilmu kira peratus ini banyak digunakan dalam kehidupan seharian, lebih-lebih lagi pada bidang perniagaan.

Contoh mudah adalah di mana kebanyakkan kedai akan menggunakan perkataan peratus untuk memberitahu bahawa mereka membuat diskaun di kedai mereka. Sebagai contoh, diskaun pakaian sebanyak 15% terhad hanya pada hari ini.

Cara Kira Peratus

Ikuti langkah berikut untuk cara kiraan peratus

  1. Yang pertama, korang tentukan jumlah atau jumlah keseluruhan.
  2. Kedua, anda harus bahagikan nombor yang akan dinyatakan sebagai peratus dengan jumlah kesuluruhan.
  3. Terakhir, gandakan nilai yang anda dapat di langkah kedua dengan nilai 100 untuk mendapatkan peratusan

Contoh Cara Kira Peratusan

Ikuti contoh kiraan peratus di bawah ini

“Katakan anda mempunyai 20 buah buku cerita. Sekiranya 6 daripada buku cerita anda adalah buku cerita Bahasa Inggeris, berapakah peratus buku cerita Bahasa Inggeris yang anda ada? Dan berapakah peratus buku cerita Bahasa Melayu anda?”

  1. Gunakan jumlah buku yang ada iaitu sebanyak 20 buah.
  2. Seterusnya, bahagikan bilangan buku cerita Bahasa Inggeris menjadi jumlah keseluruhan: 6/20 = 0.3
  3. Gandakan nilai yang anda dapat (0.3) dengan 100 untuk mendapatkan peratus: 0.3 x 100 = 30% buku Bahasa Inggeris.

Cara Kira Peratus Keuntungan

Sebagaimana yang kita tahu, peratus ni banyak digunakan di dalam perniagaan. Jadi selalunya orang-orang berniaga akan mengira keuntungan dan kerugian perniagaan mereka dalam bentuk peratusan.

Sebab mereka mengira keuntungan di dalam peratus adalah untuk membantu mereka mempersembahkan sesuatu maklumat dengan mudah dan menarik kepada orang lain seperti pelabur dan pelanggan.

Sekiranya anda adalah seorang peniaga atau ingin memulakan perniagaan, anda harus tahu cara nak mengira keuntungan perniagaan anda di dalam bentuk peratus.

Jadi hari ini, kami akan menunjukkan cara mengira peratus keuntungan untuk menambahkan kefahaman anda. Ada beberapa langkah untuk mengira keuntungan dalam bentuk peratus.

  1. Untung perniagaan anda dibahagikan dengan harga kos dan hasilnya anda DARABkan dengan 100%.
  2. Tulis formula mengira peratus keuntungan yang ada di langkah 1.
  3. Terlebih dahulu, anda cari nilai UNTUNG dan HARGA KOS, lalu masukkan hasil yang anda dapat ke dalam formula.
  4. Mulakan dengan pengiraan BAHAGI
  5. Lalu selesaikan dengan pengiraan DARAB.
  6. Hasil yang anda peroleh daripada langkah tersebut merupakan peratus keuntungan.

Contoh Kira Peratus Keuntungan

Harga kos sebuah kalkulator biasa adalah RM 35. Harga jual kalkulator biasa tersebut  adalah RM 50. Kira peratus keuntungan.

cara kira peratus

Peratus Keuntungan

(RM 15 x 100%) / RM 35 = 43%

Sumber: Cara Kira Peratus: Langkah Pengiraan (dan Contoh) – Planning.com.my

Keyword : cara kiraan peratus, cara kira peratus, kira peratus, kira peratusan, formula kira peratus, cara kira peratus markah peperiksaan, pengiraan peratus, cara pengiraan peratus, kiraan peratus, cara kira peratus keuntungan