Cara Kira NCD Kereta & Insuran Kereta Anda

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara kira NCD kereta dan insuran kereta anda berdasarkan kadar NCD mengikut jenis kenderaan anda.

Artikel berkaitan: Cara Tukar Nama Kereta Mudah, Senang dan Cepat (Online)

NCD Kereta

Berikut adalah panduan cara kira NCD kereta yang dikongsikan oleh laman Tcer.

Cara Kira NCD Untuk Kereta Baru Anda

Bagi anda yang mahukan kereta baru, anda disarankan untuk mengambil tahu akan No Claim Discount (NCD). No Claim Discount adalah ibaratkan suatu jenis diskaun untuk perlindungan insurans kereta dan kepada anda serta keluarga.

Bukan itu sahaja, sekiranya anda tidak melakukan sebarang tuntutan, semakin tinggi diskaun yang akan anda dapat setiap tahun.

Apa itu NCD?

No claim discount (NCD) atau diskaun tanpa tuntutan adalah diskaun insurans kereta yang akan ditawarkan kepada anda oleh penjual jika anda terlibat dalam keadaan seperti ini, apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam jangka masa 12 bulan daripada tarikh insurans kereta dan tiada sebarang tuntutan yang dibuat terhadap anda oleh pihak ketiga.

Peranan diskaun tanpa tuntutan ini adalah bagi mengurangkan premium insurans yang pemilik kereta perlu bayar untuk setiap tahun. Dengan ini, anda sebagai pemilik kereta bolehlah bayar insurans dengan harga yang rendah.

Tawaran diskaun yang anda boleh dapat mencapai sehingga 55% kepada keseluruhan jumlah bayaran perlindungan insurans kereta atau motor. Kadar diskaun tanpa tuntutan ini akan diterhadkan pada 55% selepas 5 tahun tanpa sebarang tuntutan terhadap perlindungan insurans kereta anda.

Kadar NCD Mengikut Jenis Kenderaan

Kadar NCD telahpun ditetapkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Motor Tariff. Kadar ini terbahagi kepada :

  • Kereta persendirian dan kereta syarikat
  • Kenderaan komersil
Jangka Masa NCDKereta persendirian/syarikatKenderaan Komersil
Tahun Pertama0%0%
Tahun Kedua25%15%
Tahun Ketiga30%20%
Tahun Keempat38.33%25%
Tahun Kelima45%25%
Tahun Keenam dan ke atas55%25%

Soalan Lazim Tentang NCD

Antara soalan yang kerap ditanya akan diskaun tanpa tuntutan ini adalah:

1. Boleh ke tukar NCD kepada kereta baru?

Jawapannya boleh. Anda sebagai pemilik kenderaan yang ingin menukar NCD setelah habis kumpul 55% iaitu kenderaan anda telah mencapai tahun keenam dan ke atas, bertujuan penjimatan wang dalam membayar insurans kereta yang baru. Anda perlu pastikan kereta lama didaftarkan atas nama dan no. kad pengenalan anda sebelum tukar NCD kepada kereta baru.

Proses penukaran NCD adalah seperti berikut

  • Anda perlu sediakan Dokumen Peribadi & Tunai. Dokumen peribadi adalah seperti Salinan kad pengenalan dan salinan maklumat bank. Wang tunai pula adalah untuk membayar baki kepada premium insurans kereta lama.

Sebagai contoh insuran kereta lama anda tamat pada bulan 3 tetapi anda ingin tukar NCD daripada kereta lama kepada kereta baru pada bulan 2, anda wajib selesaikan baki untuk bulan 3 itu.

  • Borang Pemindahan NCD ini boleh diisi di cawangan insurans atau ejen insurans yang melindungi kereta lama anda. Borang ini amat diperlukan sekiranya insurans kereta lama anda masih aktif dan sila minta Salinan surat setelah proses pemindahan selesai.
  • Anda hanya perlukan nombor cover note perlindungan insurans kereta lama sahaja jika insuran kereta anda sudah tamat dan tidak perlu lagi meminta borang pemindahan NCD.

Anda digalakkan memyimpan Salinan insurans kereta lama yang mempunyai kadar NCD yang paling tinggi.

  • Selepas selesai semua itu, anda perlu semak NCD anda seteleah tukar NCD kepada kereta baru anda. Anda boleh gunakan aplikasi MyCarInfo untuk melihat kadar NCD kereta baru anda.

2. Apa akan terjadi jika terpaksa membuat tuntutan?

Pada tahun kedua semasa NCD anda adalah 25%, anda ditimpa kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan persendirian anda. Maka, semasa pembaharuan polisi, NCD anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama kerana anda telah membuat tuntutan. Selepas ini, NCD anda akan bertambah setiap tahun lagi mengikut jadual yang sama jika tiada tuntutan dibuat.

Sekiranya kos membaiki kereta hanya sedikit ataupun tidak melebihi jumlah NCD yang bertahun-tahun, anda boleh bayar saja dengan menggunakan wang sendiri. Jika anda membuat tuntutan dari pihak syarikat insurans dan kemudiannya kehilangan NCD, anda sebenarnya kehilangan wang yang lebih berbanding dengan membayar dengan wang sendiri.

3. Cara elak kehilangan NCD jika membuat tuntutan?

Jika kemalangan anda perlu membuat tuntuan insurans dan punca kemalangan ini bukan disebabkan kecuaian anda serta disahkan dalam keputusan laporan polis, maka NCD anda tidak akan terjejas. Syarikat insurans anda akan membantu anda membuat tuntutan pihak ketiga daripada syarikat insurans pemilik kereta yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Seterusnya, jika anda ada membeli penambahan windscreen coverage, anda tidak akan sama sekali kehilangan NCD semasa membuat tuntutan cermin. Sebaliknya, jika anda tidak membeli windscreen cover dan membuat tuntutan cermin, maka NCD anda akan terjejas.

4. Perlukah saya tukar NCD kepada kereta baru?

Apabila anda tukar NCD daripada kereta lama kepada kereta baru, anda akan mendapat diskaun (bergantung kepada nilai NCD kereta lama) dan berjimat dengan lebih banyak.

Sebagai contoh, anda mempunyai dua buah kereta iaitu sebuah kereta lama – Proton Wira (2006) dan kereta baru – Honda City (2020). Premium insurans bagi kereta Proton Wira adalah RM500 (NCD 55%), manakala premium insurans bagi kereta Honda City adalah RM1,600 (NCD 0%).

Jika anda tukar NCD, kereta lama ada akan dicaskan RM600 tanpa ditolak NCD manakala kereta baru pula akan dicaskan RM720 (selepas RM1,600 ditolak 55%). Ini akan menjumlahkan sebanyak RM1320 sahaja untuk anda berbayar.

Jika anda tidak tukar NCD, kereta lama anda akan dicaskan RM225 (selepas RM500 ditolak 55%) manakala kereta baru pula akan dicaskan RM1,600 berjumlah RM1870. Ini menunjukkan lebih baik anda tukar NCD untuk lebih berjimat.

5. Boleh ke saya berikan NCD saya kepada orang lain?

Jawapannya semestinya tidak boleh. ini kerana, NCD terikat kepada IC pemilik kereta iaitu anda dan bukannya kereta. NCD tidak boleh dipindahkan antara nombor IC yang berlainan.

6. Apa akan terjadi kepada NCD jika saya menjual kereta lama dan tidak membeli kereta baru?

Sekiranya anda telah menjual kereta anda dan tidak membeli kereta yang baru, maka NCD anda akan dibiarkan sahaja. Setiap tahap NCD boleh bertahan selama satu tahun sahaja dan akan menurun secara berkala mengikut jadualnya.

Ini bermaksud, kalau anda mempunyai NCD sebanyak 55% semasa anda menjual kereta anda, setelah mencapai satu tahun dan NCD anda masih tidak digunakan di atas mana-mana polisi kereta, NCD 55% tersebut akan turun setahap ke 45%. NCD anda akan menurun sehingga 0%.

Anda boleh membuat semakan NCD di : roadtax2u.com

Sumber: Tcer