Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Solat Witir : Panduan mudah niat, cara mengerjekannya, bacaan doa (Rumi disediakan) yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Solat Witir: Niat dan Cara Mengerjakannya (Panduan Mudah) (infopelajar.my)
Lain: Lafaz Niat Solat & Bacaan Dalam Solat (Panduan Lengkap Rumi)
Solat Witir
Berikut adalah panduan penuh mengenai solat witir dan bacaan doa (bacaan Rumi disediakan)
Waktu Solat Witir
Solat witir dilaksanakan selepas mengerjakan solat isyak hingga ke waktu Subuh.
Niat Solat Witir
Niat solat Witir dilafazkan di dalam hati semasa mengangkat takbir.
Untuk dua rakaat, niatnya adalah:
Usollo sunnatal witri rak’atai ni lillahi ta’alaa
Maksud niat solat witir : Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.
Niat solat witir 1 rakaat:
Usolli sunnatal witri rak ‘atan lillahi ta’alaa.
Maksud niat solat witir : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Cara Solat Witir
Cara melaksanakan solat Witir bermula dengan :
- Takbiratul ihram, diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan surah pilihan.
- Untuk dua rakaat pertama, surah yang disunatkan untuk dibaca adalah Surah Al-A’la pada rakaat pertama dan Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua.
- Kemudian, dilanjutkan dengan rukuk, itidal, sujud pertama, duduk di antara dua sujud, dan sujud kedua.
- Setelah itu, berdiri semula untuk rakaat kedua dan mengulangi langkah yang sama.
- Akhir sekali, duduk untuk Tahiyyat akhir dan memberi salam.
Bagi rakaat ketiga (jika melakukan tiga rakaat), dibaca Surah Al-Fatihah diikuti dengan surah pilihan seperti Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, dan Surah An-Nas. Pada malam ke-16 hingga akhir Ramadan, disunatkan membaca Doa Qunut pada rakaat ketiga selepas bangun dari rukuk.
Doa Selepas Solat Witir
Berikut adalah doa yang boleh anda baca selepas mengerjakan solat witir:
Sumber: Solat Witir: Niat dan Cara Mengerjakannya (Panduan Mudah) (infopelajar.my)