Biodata Anwar Ibrahim & Fakta Menarik

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Anwar Ibrahim biodata & fakta menarik yang perlu anda ketahui

Lain: Biodata Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan

Biodata Anwar Ibrahim

Berikut adalah ringkasan biodata Anwar Ibrahim:

Tarikh Lahir: 10 Ogos 1947

Umur: 77 tahun (2024)

Isteri Anwar Ibrahim : Datuk Seri Dr Wan Azizah

Kerjaya

  • Perdana Menteri Malaysia
  • Ahli Parlimen Tambun (2022)
  • Ahli Parlimen Port Dickson (2018-2022)
  • Ahli Parlimen Permatang Pauh (2013)
  • Pemangku Perdana Menteri (1997)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (Mac- September 1998)
  • Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia
  • Timbalan Perdana Menteri (1993 – 1998)
  • Menteri Kewangan (1990 – 1998)
  • Menteri Pendidikan 1986 – 1990
  • Menteri Pertanian (1985 – 1986)
  • Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1983 – 1985)
  • Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982 – 1983)

Jawatan Anwar Ibrahim (Parti)

  • Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • Pengerusi Pakatan Harapan (PH)
  • Timbalan Presiden UMNO
  • Naib Presiden UMNO
  • Ketua Pemuda UMNO
  • meninggalkan ABIM pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO
  • Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM)
  • Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu (1973)
  • Pemimpin Pengasas dan Presiden kedua sebuah pertubuhan Islam belia dipanggil Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) (1971)

Pendidikan Anwar Ibrahim

  • Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera) (1967)
  • Dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University
  • Anugerah Presiden oleh Georgetown University
  • Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) (1960-1966)

Fakta Menarik Anwar Ibrahim

1. Datuk Seri Anwar Ibrahim dilahirkan di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

2. Mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dikurniakan enam anak iaitu Nurul Nuha, Nurul Izzah, Nurul Iman, Nurul Ilham, Nurul Hana dan Ehsan Anwar.

3. Antara jawatan yang pernah disandang adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1982-1983), Menteri Belia dan Sukan (1983-1985), Menteri Pertanian (1985-1986), Menteri Pendidikan (1986-1990), Menteri Kewangan (1990-1998), Timbalan Perdana Menteri (1993-1998)

4. Beliau bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober 2018 untuk membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri, namun tidak berjaya. Kembali bertanding dalam PRU15 di Tambun dan menang dengan majoriti undi 3,736.

5. Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya untuk PRU15 memperoleh 82 kerusi. Kini merupakan Presiden PKR dan Pengerusi PH.

Diharapkan biodata Anwar Ibrahim ini dapat memberikan maklumat baru kepada anda.

Sumber: Kenali siapa Anwar Ibrahim… Ini fakta yang anda perlu tahu tentang PM Ke-10 – Semasa | mStar