Dalam artikel ini kami akan kongsikan Makanan Sarawak yang unik & wajib dicuba.
Lain: Senarai Makanan Tradisional Johor
Makanan Tradisional Sarawak
Berikut adalah senarai makanan tradisional sarawak sedap & unik.
Laksa Sarawak
Laksa sarawak sememangnya mempunyai rasa yang unik hasil gabungan rempah ratus dan santan yang menjadikannya antara makanan Sarawak yang paling ikonik.
Tarikan utama hidangan ini adalah kuah laksa yang diperbuat daripada udang, belacan, lengkuas, serai, santan serta dihias bersama taugeh, udang, serta ayam.
Makanan Sarawak : Mee Kolok
Mee Kolok mempunyai rasa yang ringkas dan membuatkannya sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa sahaja.
Juadah ini menggunakan mi yang digaul bersama minyak dan kicap dan dihidangkan bersama daging, bawang dan taugeh.
Mee Tomato Rangup
Mee Tomato Rangup ini menggunakan yee mee yang rangup dan dihidangkan bersama kuah tomato, makanan laut, daging dan sayur-sayuran.
Ia juga sesuai untuk dinikmati bersama mihun atau kuey teow.
Terung Dayak
Terung Dayak adalah buah berwarna oren, berbentuk bulat dan masam rasanya.
Ia sering dijadikan ramuan dalam hidangan berkuah yang masam seperti asam pedas ikan dan sebagainya.
Midin Masak Belacan
Midin Masak Belacan yang juga dikenali sebagai pucuk pacu, sayur midin biasanya ditumis ringkas bersama bawang putih dan belacan.
Rasa hidangan ini juga semakin enak bila dipadankan bersama ikan masin atau ikan bilis.
Kuih Selorot
Kuih selorot adalah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan santan.
Ia kemudiannya dibungkus dengan daun kelapa muda berbentuk kelongsong. Kuih ini biasanya dihidangkan semasa bulan Ramadan.
Diharapkan info makanan tradisional sarawak di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru.
Sumber: 12 Makanan Sarawak Yang Unik dan Wajib Dicuba (ecentral.my)