Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Ikan Bandaraya : Asal-Usul, Spesis, Ciri-Ciri Unik dan Kesan Pada Ekosistem
Lain: Senarai Kelebihan Susu Kambing (Khasiat & Kebaikan)
Asal Usul Ikan Bandaraya
Ikan bandaraya atau ikan tombot ini mula dikenali di Malaysia sekitar tahun 1970an dan dijadikan sebagai ikan peliharaan.
Setelah berkhidmat sebagai pembersih semulajadi dalam akuarium, pemiliknya akan cenderung melepaskan ikan ini ke sungai atau longkang apabila ia sudah dewasa.
Hal ini berlaku kerana apabila ikan ini semakin membesar, ia akan mula mengorek dasar akuarium sehingga merosakkan tumbuhan dan dekorasi dalam akuarium.
Ia juga boleh mengancam dan mengakibatkan kecederaan kepada spesis ikan lain dalam akuarium.
Spesis Ikan Bandaraya Malaysia
Terdapat beberapa spesis ikan bandaraya yang boleh dikenalpasti dalam di Malaysia antaranya Pterygoplichthys disjunctivus, Pterygoplichthys pardalis dan Hypostomus plecostomus.
Ciri-Ciri Ikan Bandaraya
Berikut adalah ciri unik ikan bandaraya
- Mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap persekitaran yang tercemar serta boleh beradaptasi dalam pelbagai keadaan perairan.
- Kulitnya yang bertulang dan keras menjadikan ia sukar untuk dimakan oleh ikan lain.
- Tidak makan ikan daripada spesis sendiri atau spesis lain, sebaliknya punca makanan ikan ini adalah daripada ‘kotoran’ termasuk mendakan, bahan tercemar dalam air serta rumpai.
- Biasanya akan membina koloni di kawasan yang tercemar atau berhampiran dengan kawasan pembinaan.
- Berfungsi sebagai ‘pembersih’ atau ‘cleaner’ dalam akuarium kerana sifatnya yang membersihkan bahan organik dan alga. Oleh sebab itulah ia dikenali sebagai ikan bandaraya sehingga ke hari ini.
Kesan Ikan Bandaraya Pada Ekosistem Air Tawar
Riwayat ikan ini tidak akan berakhir setelah dilepaskan di perairan umum. Sebaliknya, ia boleh menimbulkan masalah yang lebih besar termasuk gangguan kepada ekosistem perairan negara kita.
Jumlah ikan juga ini boleh menjadi berlipat ganda dalam waktu yang singkat kerana kemampuannya untuk membiak dengan cepat.
Disebabkan tiada pemangsa serta persaingan makanan serta habitat dengan ikan tempatan, ia turut membuatkan spesis ikan air tawar seperti ikan lampam, haruan, keli, baung dan tilapia sukar untuk bertahan.
Ikan Bandaraya Boleh Makan Atau Tidak?
Menurut Dr Mohammad Noor Amal Azmai iaitu Pensyarah Kanan Bidang Ekologi dan Penyakit Ikan, Jabatan Biologi Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), tidak salah jika seseorang ingin makan ikan tombot ini.
Cuma adalah lebih baik sekiranya ikan yang didapati berasal dari kawasan yang bersih sekiranya hendak dimakan.
Ikan yang ditangkap dari kawasan yang kotor dan mempunyai kandungan logam berat yang tinggi ada kemungkinan boleh mengakibatkan jangkitan bakteria dan parasit.
Diharapkan info ikan bandar raya di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Ikan Bandaraya : Asal-Usul, Ciri-Ciri Unik dan Kesan Pada Ekosistem (ecentral.my)