Panduan Cara Bersetubuh

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara bersetubuh tanpa perlu risau akan mengandung.

Artikel lain: Cara Besarkan Payudara Secara Semula Jadi

Cara Bersetubuh

Berikut adalah panduan cara bersetubuh yang dikongsikan oleh artikel asal di https://hellodoktor.com/seks-hubungan/seks-selamat/cara-bersetubuh/

Cara Bersetubuh

Cara yang pertama: 69

Buat anda yang kurang arif mengenai posisi ini, ia adalah posisi di mana anda berbaring dan pasangan anda berada di atas anda dalam keadaan yang terbalik.

Maksudnya di sini adalah kepala anda dan pasangan tidak bersemuka antara satu sama lain tetapi akan menghadap kemaluan masing-masing.

Dalam erti kata yang lain, tiada penetrasi yang akan berlaku. Anda dan pasangan boleh memuaskan diri dengan menyentuh dan menjilat kemaluan pasangan masing-masing.

Dengan itu, anda dan pasangan sudah tidak perlu risau lagi akan risiko kehamilan kerana air mani suami tidak akan dikeluarkan di dalam faraj isteri.

Cara bersetubuh suami isteri ke-2: Woman on top

Secara tradisinya, sudah pasti si suami yang akan berada di atas, bukan? Ini kerana posisi seks paling biasa dan asas untuk dilakukan oleh pasangan yang kurang berpengalaman adalah posisi missionary.

Posisi seks ini sangat berbeza dengan posisi woman on top yang memerlukan si isteri untuk menjadi nakhoda kapal layar anda.

Posisi ini dilakukan dengan suami berbaring menelentang dan isteri duduk di atas suami. Kemudian, penetrasi boleh dibuat dengan isteri mengawal kadar dan kedalaman tusukan zakar.

Posisi ini dikatakan dapat mencegah kehamilan kerana air mani yang terpancut agak lambat untuk sampai ke pangkal rahim lantas melambatkan proses persenyawaan.

Cara bersetubuh suami isteri ke-3: Show and tell

Posisi apakah ini? Sebenarnya, ia bukan satu posisi seks klasik yang ramai sudah sedia maklum seperti missionary, doggy style atau woman on top yang ramai sudah tahu.

Akan tetapi, ia lebih kepada foreplay yang memerlukan anda untuk melakukan masturbasi.

Perbezaannya dengan perlakuan melancap adalah anda akan melakukannya bersama pasangan. Caranya, hanya berbaring sebelah pasangan sambil menghadap muka masing-masing. Kemudian, gunakan tangan untuk menyentuh dan merangsang pasangan.

Gunakan tangan atau mulut anda untuk mengeluarkan air mani dan pastikan ia pancut jauh daripada bibir faraj, ya?

Kaedah romantik ini bukan sahaja boleh memuaskan nafsu malah juga akan merealisasikan hasrat anda dan pasangan untuk mencegah kehamilan.

Kaedah pancut luar

Pasangan suami isteri yang masih belum tahu, kaedah ejakulasi di luar faraj atau pancut luar adalah cara bersetubuh suami isteri yang paling simple untuk dipraktikkan. Kaedah ini memerlukan suami menarik zakar keluar daripada faraj sebelum ejakulasi semasa melakukan hubungan seks demi memastikan air mani tidak terpancut di dalam faraj.

Untuk pengetahuan anda juga, ia adalah cara kaedah perancangan keluarga yang semula jadi tanpa memerlukan bantuan sebarang alat atau ubat.

Menurut kajian, kaedah ini mempunyai tahap keberkesanan sehingga 82% hingga 96% dan hanya 4 daripada 100 wanita yang menggunakan kaedah ini bersama pasangan mereka hamil.

Dalam erti kata yang lain, ia adalah cara bersetubuh suami isteri paling efektif dan selamat tanpa sebarang kesan sampingan dalam usaha mencegah kehamilan.

Pun begitu, kaedah ini hanya akan berjaya sekiranya dilakukan tanpa sebarang kesilapan. Ia juga mempunyai risiko untuk gagal disebabkan beberapa faktor, termasuklah:

  • Suami mengalami kondisi ejakulasi pramatang
  • Terdapat lelehan lebihan air mani yang terkeluar daripada zakar semasa orgasma
  • Terpancut air mani pada bahagian permukaan atau bibir faraj (vulva)

Dalam pada itu, kaedah ini juga mungkin tidak akan berjaya jika timing suami menarik zakar keluar daripada faraj tidak tepat. Ini kerana pasangan suami isteri yang baru berkahwin khususnya kurang pengalaman.

Jadi, mereka mungkin tidak tahu waktu yang betul untuk mengeluarkan alat kemaluan mereka.

Apa yang paling penting, segala alat kontrasepsi, kaedah dan posisi yang anda dan pasangan lakukan ini adalah satu percubaan yang tidak semestinya membuahkan hasil.

Ini kerana kita hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya. Jika berlaku ‘accident’ dan anda mengandung, ia adalah anugerah yang seharusnya kita raikan.

Sumber: https://hellodoktor.com/seks-hubungan/seks-selamat/cara-bersetubuh/