UniSZA Tawar Kursus Pra-Perkahwinan Secara Online Dengan Bayaran RM 30 Sahaja

Baru-baru ini, heboh dengan kisah pasangan pertama di Malaysia yang bernikah secara online berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia. Memandangkan segala persiapan sebelum kahwin sudah disediakan dan hanya menunggu tarikh nikah, tidak menjadi masalah untuk pasangan tersebut menjalankan upacara nikah secara online.

Bagaimana pula dengan mereka yang masih belum mengambil kursus kahwin pada sepanjang waktu PKP ini? Selagi mereka tidak mengambil kursus tersebut, mereka tidak boleh melangsungkan majlis pernikahan.

Bagi menyelesaikan masalah ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengambil langkah dengan memperkenalkan sebuah pelantar yang menyediakan modul pra-perkahwinan Islam secara online yang dikenali sebagai MyBahagia.

Melalui pelantar tersebut, sebanyak 11 modul pra-perkahwinan yang mengikut garis panduan JAKIM disertakan. Bermula dari 13 Jun 2020, mereka yang berminat boleh mendaftar di MyBahagia dengan membayar RM 30 dan mengikuti kursus pra-perkahwinan tersebut mengikut keselesaan masa mereka.

Cara Penggunaan Pelantar MyBahagia adalah seperti berikut:

  1. Pastikan anda mempunyai akaun email dan perbankan online yang aktif.
  2. Mendaftar dan membuat bayaran Yuran Langganan melalui sistem MyBahagia.
  3. Log masuk dan ikuti semua bahan pembelajaran, aktiviti dan pentaksiran melalui MyBahagia.
  4. Hadir ke pejabat JAIN yang berkolaborasi dengan MyBahagia bagi pelaksanaan kursus pra-perkahwinan secara dalam talian untuk pengesahan maklumat dan bayaran Yuran Proses.
  5. Semak keputusan melalui MyBahagia selepas lima (5) hari waktu bekerja. Anda mungkin akan ditemuduga di dalam tempoh tersebut.
  6. Cetak Sijil (KOD QR untuk semakan melalui Teknologi Blockchain)

Sumber: MyBahagia

Leave a Comment