Cara Semak Kiblat Di Rumah Menerusi Bayang-Bayang Pada 27 Mei 2020 Jam 5.16 Petang

Fenomena Istiwa A’dzam adalah keadaan di mana kedudukan matahari berada di titik Zenith ketika istiwa berlaku. Nilai sudut istiwa Matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah di mana Kaabah terletak.

Apabila fenomena ini berlaku, bayang-bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah iaitu kiblat. Apa yang menariknya, pada setiap tahun, fenomena ini akan berlaku sebanyak dua kali iaitu pada 28 Mei (5:16 petang) dan 16 Julai (5:28 petang). Sedikit kelainan pada setiap tahun lompat di mana ianyanya berlaku pada 27 Mei (5:16 petang) dan 15 Julai (5:28 petang)

Pada tahun 2020 ini yang merupakan tahun lompat, fenomena ini akan berlaku pada 27 Mei 2020 pada 5:16 petang. Pada waktu ini (rujuk masa di TV atau telefon pintar untuk lebih tepat), anda boleh gunakan sahaja bayang-bayang tiang atau pagar rumah anda sebagai rujukan untuk kedudukan kiblat sebenar. Untuk memudahkan anda, buat satu garisan pada bayang-bayang matahari pada waktu tersebut.

Mengapa perlu semak dan tentukan arah kiblat? Menurut Ahmad Irfan Ikmal Hisham;

  1. Banyak arah qiblat di Malaysia suatu masa dahulu ditentukan dengan melihat matahari terbenam. Ini kurang tepat, kerana pada bulan-bulan tertentu ianya boleh lari sejauh 45 darjah.
  2. Bumi boleh bergerak kerana gempa bumi dan lain-lain faktor, walaupun jarang sekali berlaku.
  3. Penentuan arah kiblat dengan kompas juga biasanya tidak tepat di zaman sekarang, kerana gangguan magnetik di dalam bahan binaan bangunan.

Sumber: Ahmad Irfan Ikmal Hisham

Leave a Comment