Don Haadi dan Nahdatul Merupakan Pasangan Pertama Di Malaysia Nikah Secara Online

Baru-baru ini, Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif merupakan pasangan pertama di Malaysia yang melangsungkan upacara nikah secara online yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia walaupun mereka berdua tinggal tidak berjauhan antara satu sama lain.

Dengan sekali lafaz, mereka berdua yang masing-masing berusia 29 tahun sah menjadi suami isteri disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Nikah online
Gambar: Sinarplus

Anda boleh saksikan video upacara pernikahan tersebut dibawah ini yang dikongsikan di dalam channel Youtube rasmi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Walaupun majlis nikah tersebut masih baru dilaksanakan (secara online), bakal pengantin hendaklah mematuhi prosedur yang ditetapkan untuk mendapatkan kebenaran melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Buat masa sekarang, permohonan kebenaran berkahwin online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan namun kemudahan ini akan terus diperluaskan bagi merangkumi negeri-negeri lain di dalam masa yang terdekat.

Sumber: Sinarplus

Leave a Comment