Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Pakaian Formal Lelaki & Pakaian Formal Perempuan Untuk Interview / Majlis Rasmi
Lain: Koleksi Contoh Soalan Interview Kerja Yang Selalu Ditanya
Isi Kandungan
Tunjuk
Contoh Pakaian Formal Untuk Penjawat Awam
Berikut merupakan panduan pakaian formal bagi pelbagai jenis pakaian bagi lelaki dan wanita :
Lounge suit
Lelaki
- Gabungan 2-pieces suit yang terdiri daripada:
- Kot
- Seluar Panjang
- Sut perlu disesuaikan dengan kemeja lengan panjang dan tali leher
- Seluar dan kot mestilah sepadan dari segi warna dan jenis bahan
- Pilihan warna sut digalakkan warna hitam atau gelap
Wanita
- Gabungan 2-pieces / 3-pieces suit yang terdiri daripada:
- Kot
- Kemeja
- Skirt bawah paras lutut / skirt labuh
- Seluar panjang
- Sut perlu dipakai dengan kemeja lengan panjang yang dibutangkan
- Pilihan warna sut skirt / seluar panjang digalakkan warna hitam atau gelap
Two / three -pieces suit bagi pakaian pegawai wanita
Kemeja dan tali leher bagi pakaian pegawai lelaki
Kemeja
- Kemeja berkolar dan berlengan panjang
- Hujung lengan baju hendaklah dibutangkan atau memakai cuff link
- Kemeja hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck-in) dan lengan baju tidak
dilipat - Pilihan warna dan corak yang digalakkan adalah warna pastel
- Kemeja berjalur/ petak seeloknya disesuaikan dengan tali leher tanpa
corak atau sebaliknya - Sekiranya kemeja mempunyai butang kolar, maka kolar harus dibutangkan
- Lebar kolar hendaklah bersesuaian
Tali leher
- Ikatan tali leher yang bersesuaian dan kemas
- Kedudukan pin tali leher adalah di bahagian tengah saku baju
- Jika memakai lounge suit, tempat pin yang sesuai ialah searas atas saku baju
- Jika mengenakan pocket handkerchief, tali leher hendaklah dipadankan dengan corak yang sama
- Hujung kepala tali leher seeloknya mencecah bahagian buckle tali pinggang
- Corak yang bersesuaian
Pakaian tradisional formal
- Baju Melayu tidak dibenarkan dipakai dengan seluar yang berbeza warna atau jenis bahan, dan berselipar
- Baju Kurung atau Baju Kebaya hendaklah dipakai mengikut keselesaan (tidak ketat dengan labuh yang sesuai)
- Fesyen Baju Kurung dan Baju Kebaya hendaklah tidak keterlaluan serta tidak menggunakan fabrik yang jarang
- Pakaian Sut Punjabi, Cheongsam dan Sari hendaklah bersesuaian dan sopan
- Pakaian Kebangsaan/ Tradisional hendaklah dipakai secara lengkap dan
bersesuaian untuk menjalankan tugas rasmi
Baju batik
- Batik yang dipakai hendaklah batik Malaysia
- Pegawai lelaki digalakkan memakai baju batik berlengan panjang
- Baju batik digalakkan dipakai ke pejabat pada setiap hari Khamis (bagi Penjawat Awam)
Contoh Pakaian Formal Untuk Interview / Temuduga – Lelaki & Perempuan
LELAKI
- Bagi calon lelaki, adalah digalakkan untuk memakai baju kemeja lengan panjang berwarna cerah dan lounge suite berwarna gelap dan bertali leher.
- Pemilihan kasut – mesti memakai kasut bertumit berwarna gelap kulit/PVC setara dan berstokin warna gelap dan memakai tali pinggang yang mempunyai warna yang sama dengan kasut.
- Selain itu, rambut mestilah pendek dan kemas, dan sekiranya berjanggut, potongan rapi perlu dilakukan.
PEREMPUAN
- Bagi calon wanita, perlu memakai pakaian yang sepadan dan pastikan pemilihan warna yang sesuai dan tidak memakai pakaian yang berwarna terang.
- Pakaian yang dipilih mestilah tidak menjolok mata.
- Pastikan anda memakai kasut bertumit berwarna gelap dan bertutup jenis kulit/PVC atau setara.
- Penggunaan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.
Diharapkan info pakaian formal malaysia di atas sini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Pakaian Formal Lelaki & Perempuan Untuk Interview / Majlis Rasmi (ecentral.my)