Solat hari raya Haji atau Qurban (Aidiladha) sunat ditunaikan dengan dua rakaat. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu lima waktu, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.
Khutbah solat hari raya disampaikan selepas solat dimana khutbah adalah sama dengan khutbah solat Jumaat dari segi rukunnya. Namun khutbah sunat dimulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Cara Solat Sunat Hari Raya Haji Aidiladha
Dibawah ini adalah cara bagi menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji:
Lafaz Niat Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Iduladha dua rakaat tunai (sebagai imam atau makmum) kerana Allah Taala.”
Rakaat Pertama Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
- Dimulai dengan lafaz Takbiratul Ihram dengan menyebut “Allahu Akbar” disertakan dengan niat di dalam hati.
- Membaca doa Iftitah.
- Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram solat fardu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih (gambar dibawah).
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran seperti surah Al-A’laa (atau surah yang lain).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat Kedua Solat Sunat Hari Raya Aidiladha
- Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
- Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram solat fardu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih (gambar diatas).
- Membaca surah Al-Fatihah.
- Membaca surah Al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).
- Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
- Memberi salam.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh memuat turun panduan Solat Sunat Aidilfitri.