Cara Solat Sunat Taubat. Dalam Islam, taubat boleh didefinisikan sebagai rasa bersalah dan menyesal terhadap segala perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Dosa-dosa kecil dapat diampuni oleh Allah SWT dengan melaksanakan amal ibadah atau kebaikan, tetapi dosa besar hanya akan diampuni dengan taubat nasuha dimana taubat nasuha adalah taubat yang sebenar-benarnya diiringi janji untuk tidak mengulangi sesuatu perbuatan itu lagi.
Untuk melakukan taubat nasuha, seseorang itu hendaklah menyesal dengan sepenuh hati terhadap dosa yang telah dilakukan. Beliau hendaklah memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh taubat dari lubuk hati disertakan ucapan istighfar dan individu tersebut hendaklah berazam untuk tidak mengulangi perbuatannya lagi supaya semoga taubatnya akan diterima oleh Allah SWT.
Jadual Waktu Solat Malaysia Dan Berbuka Puasa 2020 1441H Jakim
Panduan Lengkap Cara Solat Sunat Taubat Ringkas Serta Bacaan Doa Taubat
Berikut merupakan cara solat sunat taubat yang mudah serta doa dan bacaan yang boleh dilafazkan untuk panduan sesiapa yang berhasrat untuk mendirikan solat taubat untuk memohon keampunan daripada Allah SWT.
Kelebihan Solat Taubat
Antara kelebihan menunaikan solat sunat taubat adalah seperti berikut:
- Dosa-dosa diampunkan oleh Allah SWT.
- Allah akan mempermudahkan urusan harian.
- Hidup akan menjadi lebih tenang.
- Mengelakkan daripada perlakuan dosa.
Waktu Dan Bilangan Rakaat Solat Taubat
Solat sunat taubat boleh dilakukan pada bila-bila masa selain daripada waktu yang diharamkan untuk mengerjakan solat. Namun begitu, solat sunat taubat lebih afdhal didirikan pada 2/3 malam dan yang terbaik adalah sejurus selepas tersedar daripada melakukan dosa serta rasa bersalah dan ingin memohon keampunan daripada Allah SWT. Menurut pandangan ulama, bilangan rakaat yang boleh dilakukan adalah sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat.
Lafaz Niat Solat Sunat Taubat
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah ta’ala
Cara Menunaikan Solat Sunat Taubat
Tatacara solat sunat taubat adalah seperti berikut:
Rakaat Pertama
Untuk rakaat pertama solat sunat taubat, ikuti langkah berikut:
1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Dianjurkan membaca surah Al-Kafirun.
Surah Al-Kafirun:
5. Rukuk dan Iktidal.
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
Rakaat Kedua
Untuk rakaat kedua solat sunat taubat, ikuti langkah berikut:
1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Membaca surah Al-Fatihah.
3. Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas.
Surah Al-Ikhlas:
4. Rukuk dan Iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
Bacaan dalam sujud terakhir adalah seperti berikut:
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang yang zalim
6. Duduk Tahiyyat Akhir.
7. Memberi salam.
Seusai memberi salam, lafazkan istighfar berulang kali dengan rasa menyesal atas dosa-dosa yang dilakukan dan terimalah taubatku:
Maksudnya: Aku memohon keampunan daripada Allah, Tuhan Yang Maha Agung, tiada Tuhan melainkan Allah. Dia yang Maha Hidup, berdiri dengan sendirinya, dan aku memohon keampunan daripadaNya.
Juga boleh diikuti dengan bacaan penghulu istighfar:
Maksudnya: Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau.
Doa Taubat
Maksudnya: Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!
Sumber: MYsumber