Biodata Caprice, Penyanyi Rap Dan Penceramah Motivasi

Caprice atau nama penuhnya Ariz Ramli merupakan seorang penyanyi yang juga dikenali sebagai penceramah motivasi. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Caprice dan fakta menarik Caprice.

Biodata Lain: Biodata Neelofa, Artis Dan Usahawan Popular

Biodata Caprice

1. Nama sebenarnya, Ariz bin Ramli. Menggunakan nama pentas, Caprice. 

2. Kelahiran Negeri Sembilan pada 25 Julai 1988. Kini berumur 31 tahun. 

3. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2007. 

4. Bernaung di bawah syarikat rakaman Caprice Records. 

5. Namanya mula dikenali umum di muzik arus perdana selepas penerbitan single ‘Lenglui’ dan ‘Dem Girls’. 

6. Lain-lain single dipopularkannya seperti Teman (Valentine Tak Jadi) pada 2009, Fantasy Girls (2009), Tuhan Tolonglah (2010), Pilihanku (2010), Thinking of You (2010), Chikaro (2012), Wat Lek Wat Peace (2014), Korang Tak Boleh Blah (2017) dan Baby Sayang (2019). 

7. Selain bergelar penyanyi yang memperjuangkan genre muzik hip hop, beliau turut aktif sebagai penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi.

Fakta Menarik Caprice

1. Cenderung merakamkan lagu-lagu berbahasa Inggeris.

2. Merupakan pengasas aplikasi Classruum yang berkonsepkan pendidikan, di bawah syarikat Caprice Technologies.

3. Di laman Instagram, bintang hip hop ini gemar memuat naik rakaman dirinya berkongsi pendapat mengenai isu tular di media sosial.

4. Beliau yang terkenal dengan lagu-lagu berbahasa Inggeris turut aktif melibatkan diri dalam aktiviti ceramah dan kempen bagi tujuan pendidikan.

Sumber: Iluminasi