Senarai Bidang Dengan Permintaan Kerja Yang Tinggi Di Malaysia 2024

Penting bagi pelajar lepasan SPM untuk kaji dan ketahui dahulu bidang yang ditawarkan pihak universiti atau kolej. Mereka juga perlu mengetahui bidang apakah yang mempunyai peluang kerja yang banyak di Malaysia pada tahun 2024 ini.

Berikut adalah senarai bidang pelajaran yang mempunyai peluang kerja yang tinggi di Malaysia:

Bidang Kerja Yang Banyak Permintaan Di Malaysia

Teknologi Maklumat (IT)

Kita kini berada di zaman moden yang segalanya boleh dilakukan hanya di hujung jari. Jadi tidak terkejutlah apabila bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat mempunyai permintaan yang sangat tinggi.

Antara bidang yang boleh anda ceburi adalah Software Engineering, Computer Science, Cyber Security, Artificial Intelligence, Network Computing, Graphic Design dan banyak lagi.

Kebanyakan bidang yang ditawarkan dalam teknologi maklumat adalah melibatkan pengekodan (coding). Jadi, mungkin anda boleh cuba dahulu belajar atau teroka bidang berkaitan tidak kira lapisan umur di laman W33Schools, Coursera atau Khan Academy.

Perkhidmatan Perbankan Dan Kewangan (Banking & Financial Services)

Bidang berkaitan dengan perbankan dan kewangan turut menerima permintaan tinggi di Malaysia. Malaysia dikatakan memerlukan tenaga mahir yang banyak dalam bidang ini apabila Menara Tun Razak Exchange (TRX) siap dibina kelak. Malah, TRX turut digelar sebagai Wall Street versi Malaysia oleh media.

Bisnes

Bidang ini sering dipandang rendah oleh orang ramai. Namun hakikatnya, bidang ini melahirkan tenaga sumber manusia (human resource) yang amat diperlukan dalam sesebuah organisasi. Mereka yang berada di tahap profesional dalam bidang ini kebiasaannya mempunyai kemahiran untuk mengurus syarikat, melatih, dan mencari bakat.

Logistik Dan Rangkaian Bekalan (Logistic & Supply Chain)

Jika anda perasan, teknologi telah membolehkan kita untuk melakukan sesuatu dengan mudah seperti membeli-belah dan menjual barangan. Segalanya boleh dilakukan di telefon pintar sahaja.

Bidang ini berkembang dengan pesat dan menyumbang 3.5 peratus kepada perkembangan produk domestik Malaysia pada tahun 2017 dengan nilai RM48.8 bilion. Difahamkan, sektor ini dijangka akan terus berkembang pada kadar 8.9 peratus atau lebih tinggi pada masa akan datang.

Pemasaran Dan Komunikasi (Marketing And Communications)

Tenaga mahir dalam bidang pemasaran dan komunikasi adalah tunjang belakang kepada syarikat dalam mempromosikan produk dan servis. Dalam bahasa mudahnya, tanpa mereka, syarikat akan sukar untuk menjana duit.

Mereka yang mahir dalam pemasaran terutamanya dengan kebolehan teknologi seperti SEO, PPC dan CRM kebiasaannya sangat bernilai di mata majikan.

Sumber: Lobak Merah