Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Air Mazi – Perbezaannya Dengan Air Mani & Keperluan Mandi Wajib
Lain: Panduan Cara Bersetubuh
Apa Itu Air Mazi?
Air mazi ialah air yang berwarna putih, halus dan melekit. Air mazi lelaki dan wanita adalah sama. Ciri-cirinya hampir sama seperti air mani.
Mazi keluar semasa bangkitnya permulaan syahwat. Ia keluar tanpa memancut dan tidak diiringi dengan lembiknya zakar. Bahkan, kadang-kadang ia keluar tanpa disedari.
Fungsi Air Mazi
Satu fungsi utama cecair mazi adalah untuk memberikan pelincir semulajadi semasa hubungan seksual.
Ini membantu mengurangkan geseran antara saluran reproduktif lelaki dan wanita, meningkatkan keselesaan, dan mengurangkan kecederaan atau iritasi. Selain itu, ia juga dapat membantu membersihkan saluran kencing daripada sisa-sisa urin sebelum ejakulasi berlaku.
Perlukah Mandi Wajib Apabila Keluar Air Mazi?
Air mazi dikategorikan sebagai najis. Hukumnya membatalkan wudhu. Sekiranya sedang melakukan solat dan pada ketika itu dapat dirasai keluarnya cecair tersebut serta kelihatan tanda-tandanya walaupun sedikit, maka batal solat.
Namun, anda tidak perlu mandi wajib. Ia berbeza dengan air mani.
Berdasarkan hadis riwayat Saidina Ali RA di mana beliau berkata:
كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً فَجَعَلْتُ أَغْتَسِلُ حَتَّى تَشَقَّقَ ظَهْرِى فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِىِّ (ص) أَوْ ذُكِرَ لَهُ – فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ (ص) لاَ تَفْعَلْ إِذَا رَأَيْتَ الْمَذْىَ فَاغْسِلْ ذَكَرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ فَإِذَا فَضَخْتَ الْمَاءَ فَاغْتَسِلْ
Maksudnya: “Aku adalah seorang lelaki yang sentiasa keluar mazi, aku sentiasa mandi pada musim sejuk sehingga belakangku kelihatan pecah-pecah. Aku bertanyakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu lakukan seperti itu, jika kamu melihat mazi maka basuhlah kemaluanmu dan berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk solat. Jika kamu mencurahkan air (mani) maka hendaklah kamu mandi.”[Hadis ini adalah sahih diriwayatkan oleh Abu Daud: 1/47, Al-Nasaie: 1/93, Imam Al-Bukhari meriwayatkan maknanya seumpama hadis di atas: 1/105 (no 266), Muslim: 3/212 (no 303)]
Perbezaan Air Mazi dan Air Mani
Dalam bahasa Arab, air mani berasal daripada perkataan ( أمْنَى – يُمْنِيْ), yang bermaksud terpancut.
Air mani dinamakan kerana keadaannya yang keluar dengan cara memancut, warnanya putih dan pekat.
Perbezaan keduanya adalah seperti berikut:
AIR MAZI | AIR MANI |
Cecair pra-ejakulasi yang keluar sebelum mencapai orgasme. | Cecair yang keluar semasa ejakulasi atau orgasme, |
Jernih | Berwarna keruh |
Licin | Kesat |
Cara Mengetahui Keluar Air Mani
1. Merasa kepuasan selepas keluarnya cecair tersebut.
2. Keluarnya cecair itu dengan cara memancut.
3. Cecair ini mempunyai bau seperti tepung yang diuli apabila ia basah atau berbau hanyir seperti bau putih telur jika ia kering.
Diharapkan info air mazi di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna
Sumber: Air Mazi – Perbezaannya Dengan Air Mani & Keperluan Mandi Wajib (ecentral.my)