Contoh Ayat Copywriting Makanan

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Koleksi contoh ayat marketing makanan copywriting di WhatsApp dan contoh ayat promosi makanan di whatsapp yang dikongsikan oleh artikel asal di laman 8+ Contoh Copywriting Marketing Makanan Di WhatsApp (yezza.com)

Lain: Cara Buat Duit Online Guna Aplikasi Terkini

Apa itu Copywriting

Copywriting atau dikenali sebagai ayat jualan adalah proses menulis satu tulisan berunsur marketing dan bahan untuk promosi dengan tujuan untuk memujuk dan memberi motivasi pada bakal pelanggan untuk membuat tindakan seperti membeli, klik pada link, derma, buat tempahan dan hubungi nombor yang tertera.

Contoh Ayat Marketing Makanan

Berikut adalah contoh ayat copywriting makanan yang boleh anda ikuti

Contoh Ayat Copywriting Makanan

Contoh copywriting makanan di WhatsApp ini akan menggunakan produk nasi lemak. Manakala emosi copywriting yang akan digunakan adalah bersalah, marah, sedih dan inspirasi. 

contoh ayat marketing makanan
Kredit : Asian Inspiration

Masalah

  1. Setiap hari pergi kerja mesti tak breakfast. Bungkus nasi lemak pun tak sempat? 
  2. Mengidam pula tengok orang lain breakfast nasi lemak. Aku asyik kebulur sahaja…
  3. Macam mana nak perform di office kalau tak makan? Mana nak cari nasi lemak?
  4. Stressnya nak cari nasi lemak yang tak kedekut, murah dan sedap! 
  5. Baru aku tahu selama ini nasi lemak aku makan tak sedap!
  6. Sedihnya! Dah lama mengidam nak makan nasi lemak sebelum mula kerja 
  7. Duit ada RM3 cukup-cukup untuk breakfast. Tapi aku nak nasi…
  8. Setiap hari skip breakfast sampai kena gastrik?
  9. Sebelum kerja, pastikan anda dapat nutrien lengkap serendah RM3! 

Huraian

  1. Sebenarnya, tak susah pun nak cari breakfast yang sedap dan murah. XYZ boleh hantarkan untuk anda.
  2. Orang yang breakfast sebelum bekerja biasanya lebih happy dan perform bila bekerja
  3. 4/10 pekerja sering skip breakfast dan jadi punca mereka kurang perform di office. Jangan jadi macam mereka
  4. Nasi lemak yang bagus ada nasi yang wangi, kacang, ikan bilis, timun, sambal dan telur rebus!
  5. Nasi lemak yang sedap bukanlah yang terlalu pedas, masam dan wangi. Tapi yang balance rasanya…
  6. Anda tidak keseorangan. Ramai yang mengidam makan nasi lemak yang betul-betul sedap tapi tak jumpa!
  7. Dengan modal RM3, anda sebenarnya boleh dapat breakfast yang cukup nutrien! Contohnya nasi lemak!
  8. Tahukah anda, anda akan lebih sihat, bertenaga dan happy bila dapat protein, serat dan karbo!

Solusi

Mujurlah ada nasi lemak XYZ, nasi lemak yang complete, sedap dan murah! 

.

✅Timun yang banyak & segar 

✅Nasi yang wangi (tak lembik) 

✅Telur rebus sebiji (bukan suku) 

✅Kacang & ikan bilis yang rangup 

✅FREE : Air mineral 250ml untuk semua orang

.

Nak nasi lemak + lauk? Kami ada macam-macam lauk. Antaranya :

.

✅Ayam gulai kawah

✅Daging gulai kawah 

✅Daging salai balado 

✅Ayam goreng rempah 

✅Rendang ayam (tak pedas)

✅Rendang daging (tak pedas)

✅10+ jenis kuih muih tradisional 

.

Kami beroperasi setiap Isnin – Jumaat 7AM -10AM di depan CIMB Bank. 

Percuma seketul rendang ayam untuk 10 orang pelanggan terawal.

Testimoni / Transformasi

Kami dah sediakan lebih 200,000 bungkus nasi lemak sejak tahun 2015. 

9/10 pelanggan kami adalah pelanggan tetap 2KM dari lokasi. 

.

Jangan skip breakfast anda lagi. 

Mulakan kerja anda setiap hari dengan nasi lemak XYZ.

Action (CTA)

Untuk tempahan pejabat, hubungi kami di nombor di bawah.

📞012-3456789

.

Datang ke gerai kami, depan CIMB Bank.

📅Isnin – Jumaat (7AM-10AM)

Sumber: 8+ Contoh Copywriting Marketing Makanan Di WhatsApp (yezza.com)