Aplikasi VSP PDRM : Volunteer Smartphone Patrol

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Volunteer Smartphone Patrol VSP PDRM mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

Lain: Cara Buat Report Polis Online

Apa itu Volunteer Smartphone Patrol VSP

Volunteer Smartphone Patrol atau lebih dikenali sebagai VSP merupakan satu inisiatif baru Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mewujudkan kolaborasi dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis.

VSP ini juga adalah satu daripada program di bawah National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan PDRM telah dilantik oleh Kerajaan Malaysia sebagai agensi pelaksana program ini manakala Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) pula dilantik sebagai ‘Initiative Owner’.

Kelebihan VSP

  • Dapat memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut keselamatan seperti mencegah dan membanteras jenayah.
  • Dapat mengeratkan hubungan mesra di antara polis dan masyarakat. Sekali gus meningkatkan keyakinan masyarakat kepada pihak polis.
  • Dapat menanamkan sifat bertanggungjawab untuk bersama mencegah jenayah di kalangan masyarakat.

Cara Guna VSP

Ikuti gambar di bawah ini untuk cara guna aplikasi VSP

download vsp
cara daftar vsp
cara hantar aduan vsp

Diharapkan info VSP PDRM di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna.

Sumber: Volunteer Smartphone Patrol (VSP) (rmp.gov.my)