Anda Pengguna Netflix? Jangan Terkejut Dengan Pengurangan Kualiti Sepanjang Bulan April

Sepajang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April 2020 ini, sudah pasti ramai yang memilih untuk menghabiskan masa di rumah dengan menstrim video dari pelbagai sumber termasuklah Netflix.

Netflix 4k Malaysia

Oleh sebab itu, mulai hari ini (31 Mac 2020), Netflix telah memutuskan untuk mengurangkan kualiti video sehingga penghujung bulan April bagi mengurangkan beban ke atas infrastruktur Internet negara.

Langkah ini dilakukan oleh Netflix tanpa permintaan dari pihak kerajaan Malaysia agar semua pengguna Netflix di Malaysia boleh menonton kandungan Netflix tanpa masalah sewaktu PKP. Pengurangan kualiti ini turut berlaku di beberapa buah tempat selain di Malaysia.

Sekiranya anda tetap ingin menonton kandungan Netflix pada tetapan tertinggi, ianya masih boleh dilakukan dengan memuat turunnya terlebih dahulu. Oleh kerana pengguna masih boleh menonton kandungan Netflix pada resolusi 4K, tiada potongan harga akan ditawarkan pada mereka yang melanggan pakej Premium RM 55 sebulan.

Sumber: Amanz

Leave a Comment