Mengunyah gula-gula getah sambil membuat kerja lain boleh membuatkan kita terleka sehingga tertelan gula-gula getah tanpa sedari. Pernahkah anda mengalami situasi ini? Kebanyakkan orang memberitahu bahawa tertelan gula-gula getah boleh membahayakan kesihatan dan ini akan membuatkan ramai menjadi bimbang dan tidak senang duduk.
Jangan bimbang, sebenarnya gula-gula getah ini tidak memberi sebarang reaksi atau efek negatif pada sistem pencernaan anda. Seorang pakar perubatan dari NYU Longone Medical Centre, Dr Lisa Ganjhu pernah berkata bahawa “usus manusia cukup kuat untuk mencerna gula-gula getah“.
Cuma, gula-gula getah tersebut tidak dicerna dengan sempurna dan akan terus dibuang dalam bentuk najis. Meskipun begitu, mengapakah sebelum gula-gula getah ini dilarang untuk dimakan jika ianya tidak membahayakan kesihatan? Jawapannya adalah mungkin kerana gula-gula getah ini terlalu besar dan jika terus ditelan, boleh membuatkan anda tercekik. Tambahan pula, ianya tidak mempunyai apa-apa gizi atau nutrisi.