Kenapa Ayam Thigh Tinggi Kalori

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Kenapa ayam bahagian thigh tinggi kalori

Lain: Bahagian Ayam & Kalori Setiap Potongan

Kalori Ayam Thigh / Bahagian Ayam Pangkal Peha

Bahagian ayam thigh mempunyai rasa yang lebih enak kerana kandungan lemaknya yang lebih tinggi berbanding bahagian ayam lain.

100 gram bahagian ayam thigh yang mentah mempunyai anggaran nutrisi seperti berikut :

  • Tenaga : 172 kcal
  • Protein : 13.3 gram
  • Lemak : 13.2 gram

Kebanyakan kandungan lemak dalam bahagian ini datang daripada kulit yang melapisinya. Sementara itu, proteinnya pula berasal daripada kepadatan otot yang tinggi.

Ini disebabkan oleh bahagian peha ayam merupakan bahagian yang aktif bergerak untuk seekor ayam.

Termasuk thigh, semua bahagian ayam mampu membekalkan tryptophan, iaitu amino asid unik yang berperanan dalam meningkatkan paras serotonin atau hormon yang merangsang emosi yang positif serta penting untuk mengekalkan kesihatan tulang, penyembuhan luka dan penghadaman.

Pada masa yang sama, ayam juga mengandungi beberapa mineral penting untuk tubuh seperti selenium, kalium, natrium dan zink.

Adakah Ayam Thigh Pilihan Yang Berkhasiat?

Secara umumnya, ayam thigh mempunyai lemak dan kolesterol yang lebih tinggi berbanding bahagian ayam lain.

Walau bagaimana pun, bahagian ini masih tergolong dalam kumpulan protein yang disyorkan dalam diet harian dengan kuantiti 1 ketul atau 70 gram ayam dalam setiap hidangan.

Untuk mengurangkan kandungan lemak, anda boleh membuang bahagian kulit dan masak bahagian ayam ini menggunakan ramuan atau cara yang lebih sihat atau kukus atau grill.

Elakkan mengambil kulit ayam atau menggunakan minyak dan ramuan tambahan seperti keju, mentega serta penambah perisa dalam jumlah yang banyak.

Diharapkan info ayam thigh di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: Ayam Thigh – Patutlah Sedap, Rupanya Bahagian Ini Tinggi Kalori!