Bahagian Daging Lembu Yang Penting, Sihat & Sedap

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Ketahui 9 jenis bahagian lembu yang dijual di pasar yang sihat & sedap.

bahagian lembu

Lain: Ibadah Korban : Niat, Syarat, Sunat & Pembahagian Daging

Bahagian Lembu

Berikut adalah bahagian lembu yang perlu anda tahu:

Tulang rusuk (Ribs)

Rib merupakan bahagian tulang rusuk lembu.

Bahagian rib eye steak adalah antara potongan premium yang paling digemari oleh peminat steak kerana bahagian ini sangat beraroma.

Daging bahu (Chuck)

Bahagian chuck adalah bahagian bahu lembu.

Bahagian ini mempunyai tekstur daging yang lembut tetapi kelembutannya tidak setanding bahagian rusuk (rib)short loin atau sirloin.

Daging Batang Pinang (Short Loin / Tenderloin)

Bahagian daging lembu yang dikenali sebagai lulur pendek (short loin) ini terletak di bahagian belakang lembu di tengahnya.

Di sini juga terletak bahagian paling disukai oleh ramai iaitu tenderloin atau dikenali sebagai daging ‘batang pinang’.

Daging Harimau Menangis (Sirloin)

Berdekatan dengan daging batang pinang terdapat satu lagi bahagian iaitu sirloin yang terletak di antara bahagian pinggang lembu.

Bahagian daging ini boleh dikatakan sebagai yang paling lembut dan ia turut dikenali sebagai ‘daging harimau menangis’.

Daging Lambung (Flank)

Daging lambung (flank) terletak di bawah pinggang dan sirloin.

Kedudukan daging ini adalah di sekitar kawasan perut.

Dada (Brisket)

Brisket adalah potongan daging dari dada atau bahagian bawah dada lembu.

Oleh kerana lembu tidak mempunyai tulang kerah (collar bone), otot-otot ini menyokong sekitar 60% berat badan lembu yang sedang berdiri atau bergerak.

Daging Punggung (Round)

Daging bahagian paha ini agak liat kerana banyak digunakan dalam pegerakkan lembu.

Ianya juga terdapat banyak ligamen dan dagingnya kurang berlemak.

Plate

Bahagian potongan ini adalah terletak di bawah bahagian perut lembu.

Biasanya daging ini agak liat, mengandungi lemak dan dijual pada harga rendah berbanding bahagian lain.

Betis (Shank)

Bahagian daging lembu ini merupakan daging bahagian kaki / betis.

Ianya daging yang mempunyai otot yang paling pejal, mempunyai bahagian urat dan agak liat.

Diharapkan info bahagian daging lembu di atas ini dapat memberikan anda maklumat baru yang berguna

Sumber: 9 Jenis Bahagian Daging Lembu Yang Dijual Di Pasar. Mana Paling Sedap & Sihat? (siraplimau.com)