Kebelakangan ini aktiviti berbasikal semakin popular di kalangan masyarakat kita tidak kira lelaki mahupun wanita. Namun, perkongsian dari doktor ini menyatakan jika berbasikal terlalu lama, ianya boleh merosakkan sperma. Anda boleh lihat video penjelasan dari doktor ini di sini.
Katanya “Elakkan cycling terlalu lama, iaitu melebihi 5 jam dlm seminggu. Testis akan terkesan dari haba cuaca panas, tempat duduk basikal dan seluar yang ketat.”
Jadi pastikan anda dapatkan peralatan yang betul, pakaian yang selesa, dan tidak berbasikal terlalu lama demi kesihatan berpanjangan.
Kredit: @Dr_Ahmad_RZ