Tarikh Bayaran Khas Bonus Penjawat Awam Dan Pesara 2022

Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat mengenai bonus kerajaan 2022 atau dikenali sebagai Bantuan Khas Penjawat Awam 2022.

Bantuan Khas Penjawat Awam 2022 (Bonus Kerajaan 2022)

Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada tahun 2021 sebanyak RM500.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan sebanyak RM250.00.

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022

Bonus kerajaan aidilfitril 2021 akan mula dibayar pada 6 Mei 2021.

Kenyataan Media Bonus Raya Kakitangan Awam 2022

Kenyataan media mengenai pembayaran boleh dilihat di bawah ini.

Pembayaran Bantuan Khas 2022

Kerajaan telah memutuskan supaya Bantuan Bayaran Khas Tahun 2021 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 sebanyak RM600.00 dan turut dipanjangkan kepada pesara Kerajaan sebanyak RM300.00

Tarikh Pembayaran Bantuan Khas 2022

Bantuan khas penjawat awam akan dibayar pada 25 Januari 2021.

Pekeliling Perkhidmatan

Pekeliling Perkhidmatan mengenai pembayaran boleh dimuat turun di JPA.

Kelayakan Bantuan Khas Penjawat Awam

Melalui Surat Edaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022, mereka yang layak dan tidak layak diberi Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 adalah seperti berikut:

Pegawai Layak Terima Bantuan

  1. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.
  2. Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:
    1. Pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS).
    2. Pegawai yang bercuti gaji penuh.
    3. Pegawai yang bercuti separuh gaji.
    4. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.
  3. Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.
  4. Guru Interim.
  5. Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.
  6. Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman.
  7. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

Pegawai Tidak Layak Terima Bantuan

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas ini iaitu:

  1. Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.
  2. Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  3. Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.
  4. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.

Terdapat juga penjawat awam yang ditangguhkan penerimaan bantuan khas ini iaitu:

  1. Pegawai yang ditahan kerja.
  2. Digantung kerja.
  3. Surat pertuduhan telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib.

Penjawat awam terbabit akan menerima bantuan khas tersebut sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati mereka tidak bersalah.

Sumber: Semakanonline