Kerajaan akan memberikan bantuan kewangan RM 600 kepada penjawat awam dengan gred 56 ke bawah dan RM300 kepada pesara kerajaan dan veteran tidak berpencen.
Perkara tersebut diumumkan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada hari ini oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di dalam Dewan Rakyat.