Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Individu Bujang Bakal Terima RM350

Bantaun Sara Hidup (BSH) bakal ditukarkan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Individu bujang berpendapatan di bawah RM 2500 di usia 21 tahun ke atas akan menerima RM 350.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz di dalam Dewan Rakyat menerusi siaran langsung Belanjawan 2021 bertemakan ”Teguh Kita Menang Bersama”.