Batik Malaysia: Ciri & Jenis

Dalam artikel ini kami akan kongsikan info mengenai Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja dari JPA yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA (ecentral.my)

Lain: Cara Minta Dapat MC Klinik Panel

Apa itu Batik Malaysia

Batik Malaysia merupakan seni kraf hasil tangan sepenuhnya atau sebahagiannya yang mempunyai motif berindentitikan seni dan budaya masyarakat Malaysia melalui proses pembuatan yang menggunakan lilin batik atau bahan serta teknik halangan warna bagi menghasilkan reka corak.

Seni tekstil ini lebih popular di bahagian pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Terenggan dan Pahang.

Batik negara kita menggunakan motif flora dan jarang menggunakan motif makhluk hidup seperti manusia dan haiwan selaras dengan larangan dalam Islam menggunakan imej haiwan sebagai hiasan.

Namun begitu tema rama-rama masih banyak digunakan.

Jenis Batik Malaysia

Berikut adalah jenis batik Malaysia yang terdiri daripada:

  • Batik Lukis
  • Batik Terap
  • Batik Sutera Saring
  • Batik Alternatif

Ciri Batik Canting

  1. Kejelasan warna dan corak sama di bahagian hadapan dan belakang
  2. Susunan cantuman corak batik canting biasanya tidak tepat sepenuhnya
  3. Terdapat kesan serapan warna pada terapan corak yang dihasilkan melalui proses melilin
  4. Peletak reka corak motif canting yang tidak konsisten
  5. Warna dan corak yang penuh sehingga tepi kain

Perbezaan Batik Malaysia & Indonesia

Walaupun dipanggil “batik”, terdapat perbezaan yang ketara antara batik Malaysia dan bati Indonesia. Beza batik Malaysia Indonesia adalah seperti berikut:

Cara penghasilan batik darui negara kita agak berbeza iaitu coraknya lebih besar dan lebih ringkas.

Selain itu, canting juga jarang atau tidak digunakan dalam mencipta corak-corak yang rumit.

Warna-warna yang digunakan dalam batik Malaysia juga lebih cerah berbanding batik Jawa.

perbezaan batik malaysia
ciri batik malaysia

SOALAN LAZIM BERKAITAN BATIK MALAYSIA

SOALAN LAZIM PEMAKAIAN BATIK_MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN.

Dikongsikan di sini himpunan soalan lazim berhubung Surat edaran JPA.100-11/4/1 (13): Pemakaian Batik_Malaysia Semasa Waktu Bekerja Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan untuk rujukan bersama.

Muat turun soalan lazim di pautan berikut atau imbas Kod QR di poster:

https://www.jpa.gov.my/…/3131-pemakaian-pakaian-batik…

Maklumat lanjut batik Malaysia adalah seperti pautan berikut:

https://www.kraftangan.gov.my/index.php?com_content&id=296

batik malaysia
batik malaysia
batik malaysia KERAJAAN
batik malaysia PENJAWAT AWAM
batik malaysia
batik malaysia
batik malaysia
batik malaysia
batik malaysia
batik malaysia

Sumber: Batik Malaysia: Ciri, Jenis & Pemakaian Waktu Bekerja – JPA (ecentral.my)