Cara Mudah Bayar Zakat Fitrah Secara Online Mengikut Negeri

Pada setiap kali tiba bulan Ramadhan, selain daripada wajib berpuasa, umat Islam juga wajib untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggugannya. Kebiasaanya pada tahun-tahun sebelum ini, bayaran zakat fitrah dilakukan secara manual di kaunter pungutan zakat.

Namun begitu, pada tahun ini, terdapat sedikit kelainan dimana berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita digalakkan untuk duduk di rumah untuk mengelakkan pengularan wabak COVID-19. Untuk memudahkan urusan anda, kini terdapat pelbagai laman yang membolehkan anda untuk membayar zakat fitrah secara online.

Info Khas: Panduan Solat Tarawih JAKIM, Sesuai Dilakukan Di Rumah Secara Bersendirian Atau Berjemaah

Hukum Bayaran Zakat Fitrah Secara Online

Zakat bagi seseorang adalah sah dari syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Manakala, hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus. Jadi tiada masalah sekiranya bayaran zakat dilakukan secara online.

Waktu Bayaran Zakat Fitrah

  1. Waktu Harus: Bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Waktu Wajib: Selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.
  3. Waktu Afdhal: Selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidil Fitri.
  4. Waktu Makruh: Selepas solat sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  5. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Di Mana Zakat Fitrah Perlu Dibayar

Menurut PPZ MAIWP, zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat sunat Aidil Fitri. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh anda.

Justeru jika ketika itu anda masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dibayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Laman Bayaran Zakat Fitrah Online Mengikut Negeri

Berikut merupakan laman yang boleh anda lawati mengikut negeri anda untuk membayar zakat fitrah secara online dengan mudah.

  1. Perlis
  2. Kedah
  3. Pulau Pinang
  4. Perak
  5. Selangor
  6. Negeri Sembilan
  7. Melaka
  8. Johor
  9. Pahang
  10. Terengganu
  11. Kelantan
  12. Sarawak
  13. Sabah
  14. Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan

Cara Membayar Zakat Fitrah Melalui Laman Perbankan

Selain dari laman-laman di atas, anda juga boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui laman perbankan popular iaitu Maybank2u dan CIMB Clicks. Di bawah ini adalah senarai jabatan zakat negeri boleh dibuat pembayaran melalui laman perbankan.

  1. Maybank2u
    • Lembaga Zakat Selangor
    • Majlis Agama Islam Negeri Johor
    • Majlis Agama Islam Pulau Pinang
    • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu
    • Pusat Zakat Melaka
    • Pusat Zakat Negeri Sembilan
    • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
    • Jabatan Agama Islam Perlis
    • Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak
    • Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang
    • Pusat Zakat Sabah
    • Tabung Baitulmal Majlis Islam Sarawak
  2. CIMB Clicks
    • Lembaga Zakat Selangor
    • Lembaga Zakat Perlis

Cara Membayar Zakat Fitrah Melalui Maybank2u

Buka dan log in di laman web rasmi Maybank2u.

cara bayar zakat fitrah maybank2u

Setalah log in, klik pada menu atas bertulis Pay & Transfer

cara bayar zakat fitrah maybank2u

Di laman seterusnya, sila masukkan kata kunci zakat di ruangan bawah Payee dan pilih jabatan zakat negeri anda sekiranya ada.

cara bayar zakat fitrah maybank2u

Kemudian akan keluar pop-up meminta anda untuk memilih jenis zakat yang anda ingin buat pembayaran. Klik pada Pay dan sila ikut arahan selanjutnya seperti menulis nombor TAC untuk proses bayaran.

cara bayar zakat fitrah maybank2u

Cara Membayar Zakat Fitrah Melalui CIMB Clicks

Buka dan log in di laman web rasmi CIMB Clicks.

cara bayar zakat fitrah cimb clicks

Setalah log in, klik pada menu di kiri bertulis Pay & Transfer dan Pay Bills.

cara bayar zakat fitrah cimb clicks

Di laman seterusnya, sila masukkan kata kunci zakat di ruangan bawah To dan pilih jabatan zakat negeri anda sekiranya ada.

cara bayar zakat fitrah cimb clicks

Setelah pilih jabatan zakat negeri, pilih Zakat Fitrah di ruangan Jenis Zakat.

cara bayar zakat fitrah cimb clicks

Klik pada butang bayar dan sila ikut arahan selanjutnya seperti menulis nombor TAC untuk proses bayaran.

Sumber: Mysumber

Leave a Comment