in ,

Panduan Solat Tarawih JAKIM, Sesuai Dilakukan Di Rumah Secara Bersendirian Atau Berjemaah

Solat tarawih sesuai dijalankan secara bersendirian atau berjemaah di rumah sewaktu tempoh PKP

Panduan Solat Tarawih Di Rumah

Bulan Ramadhan pada tahun ini akan sedikit berlainan kerana semua umat Islam di Malaysia akan mengerjakan solat Tarawih di rumah secara bersendirian atau berjemaah berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pada ketika ini dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Walaupun solat Tarawih hanya dibenarkan untuk dilakukan di rumah, umat Islam di Malaysia seharusnya memeriahkan malam-malam di bulan Ramadhan ini dengan ibadat solat sunat Tarawih, sunat Witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan dengan tujuan mencapai keredhaan Allah SWT dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr”.

Info Khas: Kadar Zakat Fitrah Terkini Seluruh Negeri 2021

Info Khas: Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2021 1442H Jakim Malaysia

Cara Solat Berjemaah Dengan Keluarga Di Rumah
Kedudukan Ketika Solat Berjemaah Bersama Keluarga

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun ini telah mengeluarkan panduan untuk solat Tarawih yang digalakkan untuk dilakukan di rumah secara bersendirian ataupun secara berjemaah. Pautan untuk panduan tersebut boleh didapati di hujung artikel ini. Berikut adalah ringkasan panduan solat Tarawih yang disediakan oleh JAKIM.

Hukum Solat Sunat Tarawih

  • Hukumnya adalah sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan sama ada secara berseorangan atau berjemaah.
  • Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat solat orang-orang Islam.

Waktu Sesuai Solat Sunat Tarawih

Sesuai ditunaikan selepas menunaikan solat Isyak dan sunat ba’diah (selepas isyak) dua rakaat.

Bilangan Rakaat Solat Sunat Tarawih

  • Solat sunat Tarawih ditunaikan seperti solat sunat biasa, iaitu dua rakaat dan satu salam, kemudian diulangi semula sehingga genap rakaat yang dikehendaki.
  • Umat Islam di Malaysia boleh dilihat ada yang mengerjakan solat sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
  • Pada zaman Rasulullah SAW solat Sunat Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbulkan keberatan.
  • Walau bagaimanapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat.
  • Bilangan rakaat solat sunat Tarawih dilakukan mengikut kemampuan kita.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Tarawih

Berikut adalah ringkasan cara mengerjakan solat sunat Tarawih yang boleh dilakukan di rumah secara bersendirian atau berjemaah.

1. Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih

Maksud: Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain

Rukun solat sunat Tarawih ini samalah dengan rukun solat yang lain juga. Ini bermaksud selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca Surah Al-Fatihah, Surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

Bacaan Surah Solat Sunat Tarawih

Tidak salah untuk kita membaca apa-apa Surah yang dihafal selepas membaca Surah Al-Fatihah, tetapi dari malam 1 hingga 15 Ramadhan digalakkan untuk pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari Surah Al-Takathur hingga Surah Al-Masad. Susunan surah-surah adalah seperti berikut:

  1. Surah Al-Takathur
  2. Surah Al-Asr
  3. Surah Al-Humazah
  4. Surah Al-Fil
  5. Surah Quraisy
  6. Surah Al-Ma’un
  7. Surah Al-Kauthar
  8. Surah Al-Kafirun
  9. Surah An-Nasr
  10. Surah Al-Masad
Surah Al-Takathur
Surah Al-Takathur
Surah Al-Asr
Surah Al-Asr
Surah Al-Humazah
Surah Al-Humazah
Surah Al-Fil
Surah Al-Fil
Surah Quraisy
Surah Quraisy
Surah Al-Ma'un
Surah Al-Ma’un
Surah Al-Kauthar
Surah Al-Kauthar
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Nasr
Surah Al-Nasr
Surah Al-Masad
Surah Al-Masad

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula digalakkan untuk baca Surah Al-Ikhlas. Dari malam 16 hingga ke akhir Ramadhan, kita digalakkan:

  • Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca Surah Al-Qadr.
  • Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu Surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadhan iaitu bermula dari Surah Al-Takathur hingga kepada Surah Al-Masad.
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Qadr
Surah Al-Qadr

Selawat Dan Wirid Antara Solat

Selawat dan bacaan tertentu sebelum memulakan atau di antara solat sunat Tarawih tidaklah diwajibkan jika kita tidak menghafalnya. Namun kita digalakkan untuk mengamalkannya bagi menambahkan lagi ibadat pada bulan Ramadhan ini. Dibawah ini adalah bacaaannya:

Cara Mengerjakan Solat Sunat Witir

Kebiasaannya, umat Islam di Malaysia menunaikan solat sunat Witir selepas solat sunat Tarawih. Solat sunat Witir dilakukan sebanyak tiga rakaat dengan dua salam dan dilakukan secara berjemaah. Secara mudahnya, berikut adalah cara mengerjakan solat sunat Witir.

1. Lafaz Niat Solat Sunat Witir

Bagi dua rakaat yang pertama:

Lafaz Niat Solat Sunat Witir

Maksud: Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.

Bagi satu rakaat yang terakhir:

Lafaz Niat Solat Sunat Witir

Maksud: Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat makmum (mengikut imam) kerana Allah Taala.

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain

Rukun solat sunat Witir ini samalah dengan rukun solat yang lain juga. Ini bermaksud selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca Surah Al-Fatihah, Surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

Kemudian lafaz niat untuk rakaat yang ketiga dan selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca Surah Al-Fatihah, Surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan bacaan tahiyat akhir dan diakhiri dengan salam.

Bacaan Surah Solat Sunat Witir

Tidak salah untuk kita membaca apa-apa Surah yang dihafal selepas membaca Surah Al-Fatihah, tetapi kita digalakkan untuk membaca Surah-Surah berikut:

  1. Rakaat pertama: Surah Al-A’la
  2. Rakaat kedua: Surah Al-Kafirunn
  3. Rakaat ketiga: Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan, kita disunatkan untuk membaca doa Qunut pada rakaat yang terakhir. Lafaznya sama dengan lafaz doa Qunut sembahyang Subuh.

Surah Al-'Ala
Surah Al-‘Ala
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Kafirun
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Ikhlas
Surah Al-Falaq
Surah Al-Falaq
Surah Al-Nas
Surah Al-Nas

Panduan Penuh JAKIM

Di atas ini hanyalah ringkasan yang diambil dari panduan yang disediakan oleh pihak JAKIM. Untuk rujukan, anda boleh melihat panduan penuh di sini.

Sumber: JAKIM