Dalam artikel ini kami akan kongsikan info Kenapa bayi susah tidur malam & tips tidur bayi dengan lebih mudah. Doa untuk bayi susah tidur malam juga disediakan yang dikongsikan oleh artikel asal di laman Bayi Susah Tidur Malam Menurut Islam, Ini Punca & Penyelesaiannya (theasianparent.com)
Lain: Kenapa Bayi Menangis Malam
Punca Bayi Susah Tidur Malam
Berikut adalah punca kenapa bayi susah tidur malam.
1. Bayi Susah Tidur Malam : Demam
Demam boleh menjadi salah satu sebab mengapa bayi sukar tidur malam terutama bila adanya selsema, jangkitan telinga dan sakit kerongkong.
Bayi akan jadi tidak selesa untuk melelapkan mata dan ingin sentiasa berdakap dengan ibunya sahaja. Pastikan anda membawanya berjumpa doktor untuk pastikan penyakit dan dirawat.
2. Baru hendak tumbuh gigi
Bila nak tumbuh gigi juga boleh menyebabkan bayi merengek, menangis dan tak mahu tidur malam. Apa yang anda boleh buat adalah memicit gusi bayi supaya dapat melegakan ketidakselesaan itu.
3. Sakit perut atau kembung perut
Punca bayi susah tidur malam juga adalah kerana bayi itu kembung perut. Apa yang anda boleh buat adalah meniarapkan bayi dan letakkan tangan anda pada perutnya. Cara kedua, pangku bayi, goyangkan kaki perlahan-lahan sehingga dia tertidur sendiri.
4. Banyak rangsangan ketika bermain
Mendengar muzik, aktif bermain, suara televisyen yang kuat dan lain-lain turut menjadi faktor bayi susah tidur malam.
Ibu boleh dodoikan si kecil, redupkan lampu dan urut sedikit tubuhnya serta perlahankan bunyi tv.
5. Berubah tempat tidur
Berubahan tempat tidur juga boleh menjadi sebab mengapa bayi sukar tidur kerana dia peka dengan perubahan di sekelilingnya.
Namun, ibu harus sabar melayan keletah si comel itu dan dodoikannya dengan penuh kasih sayang supaya dia tahu anda ada bersamanya.
Tips tidur bayi dengan lebih mudah
- Mandikan bayi dengan air hangat supaya lebih tenang untuk tidur malam.
- Pastikan bayi makan atau menyusu terlebih dahulu sebelu tidur sekaligus dapat mengelak terjaga di waktu malam
- Pasangkan alunan muzik berentak slow supaya dirinya terbuai lalu tertidur.
- Membacakan buku cerita meskipun dia belum faham jalan ceritanya.
- Dukung bayi dan peluk erat tubuhnya sampai dia tertidur.
Maksudnya: Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini
Sumber: Bayi Susah Tidur Malam Menurut Islam, Ini Punca & Penyelesaiannya (theasianparent.com)