Abdul Latif Romly atau nama penuhnya Abdul Latif Romly merupakan seorang atlet paralimpik Malaysia. Beliau terkenal kerana berjaya memecahkan rekod dunia lompat jauh T20 sebanyak tiga kali pada hari yang sama lalu memenangi pingat emas ketiga Malaysia di Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 di Rio de Janeiro. Berikut adalah maklumat penuh mengenai biodata Abdul Latif Romly, Abdul Latif Romly biodata, Abdul Latif Romly profile, fakta menarik Abdul Latif Romly dan pencapaian Abdul Latif Romly.
Biodata atlet lain: Biodata Cheah Liek Hou, Pemenang Pingat Emas Paralimpik
Isi Kandungan
Tunjuk
Biodata Abdul Latif Romly
Berikut adalah biodata Abdul Latif Bin Romly:
- Nama Penuh : Abdul Latif Bin Romly
- Tarikh Lahir : 31 Mac 1997
- Umur : 24 tahun
- Tempat Lahir : Kangar, Perlis
- Atlet Kelas : T20
- Kategori: Masalah Pembelajaran (dikesan sewaktu sekolah)
Fakta Menarik Abdul Latif Romly
- Beliau mempunyai hobi memancing.
- Dilatih oleh R Jaganathan dan Mohd Syahrul Amri Suhaimi
- Abang Abdul Latif Romly iaitu Mohd Hafidz pernah bermain dalam sukan bola sepak di Malaysia Super League sebagai penjaga gol.
- Dinobatkan sebagai 2016 Sportsman of the Year di Malaysian Sports Awards. Beliau merupakan atlet para pertama untuk menerima anugerah tersebut.
- Beliau turut menjadi pembawa bendera Malaysia di upacara pembukaan 2016 Paralympic Games di Rio de Janeiro.
Pencapaian Abdul Latif Romly
Paralympic Games
- Emas – 2016 Rio de Janeiro (Lompat Jauh – T20)
- Emas – 2020 Tokyo (Lompat Jauh – T20)
IPC World Championships
- Emas – 2015 Doha (Lompat Jauh – T20)
- Emas – 2017 London (Lompat Jauh – T20)
- Perak – 2019 Dubai (Lompat Jauh – T20)
Asian Para Games
- Emas – 2014 Incheon (Lompat Jauh – T20)
- Emas – 2018 Jakarta (Lompat Jauh – T20)
ASEAN Para Games
- Emas – 2015 Singapore (Lompat Jauh – T20)
Sumber: Olympics